Connect with us

Terkini

Penggunaan soalan sama tidak bertentangan prinsip pendidikan – KP Pendidikan

Penggunaan soalan subjek BM dari bank soalan sama untuk UASA bagi semua aliran sekolah tidak bertentangan dengan prinsip pendidikan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Datuk Pkhairuddin Ghazali (kanan) Cheah Lek Aee (kiri)
  • Penggunaan soalan subjek Bahasa Melayu dari bank soalan sama untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua aliran sekolah tidak bertentangan dengan prinsip pendidikan.
  • Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jia Zong) sepatutnya boleh menggunakan soalan sama di sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) bagi subjek BM. – Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkhairuddin Ghazali.
  • Persoalan mengenai aras soalan BM tidak seharusnya berbangkit kerana penyediaannya adalah mengikut proses dan membabitkan pakar dan guru-guru di sekolah rendah.
  • Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee sebelum ini mendakwa penggunaan soalan BM sama bagi SRJK dan Sekolah Kebangsaan (SK) adalah tidak sesuai dan bertentangan dengan prinsip pendidikan.

PUTRAJAYA – Penggunaan soalan subjek Bahasa Melayu dari bank soalan sama untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua aliran sekolah tidak bertentangan dengan prinsip pendidikan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkhairuddin Ghazali berkata Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) sepatutnya boleh menggunakan soalan sama di sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).

Katanya, persoalan mengenai aras soalan BM tidak seharusnya berbangkit kerana penyediaannya adalah mengikut proses dan membabitkan pakar dan guru-guru di sekolah rendah.

“Bank soalan telah pun disediakan oleh pihak kementerian. Jadi item atau soalan itu yang disediakan ini oleh guru-guru yang memang mengajar pun di sekolah rendah di seluruh negara.

“Jadi mereka hadir ke tempat bengkel untuk pembinaan soalan itu dan dipandu oleh pegawai-pegawai kita yang memang pakar dalam penyediaan soalan.

“Dan soalan yang mereka bina itu pun ada wishlist dia (Jiao Zong). Ada item yang ikut aras dia iaitu rendah, sederhana dan tinggi,” katanya pada sidang media Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan di kementerian berkenaan di sini.

Beliau mengulas dakwaan Jiao Zong yang mengatakan penggunaan soalan BM sama bagi SRJK dan Sekolah Kebangsaan (SK) adalah tidak sesuai dan bertentangan dengan prinsip pendidikan.

Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee sebelum ini dilaporkan berkata, jumlah masa pengajaran BM adalah berlainan antara SRJK dan SK selain bahasa itu (bahasa kebangsaan) juga merupakan bahasa ibunda murid Melayu.

Mengulas lanjut, Pkhairuddin berkata penetapan soalan melalui sistem aplikasi pengumpulan dan pemasangan item ditetapkan mengikut JSU (Jadual Spesifikasi Ujian).

“Dalam jadual itu dia dah memang ada portion 30 peratus rendah, 50 peratus aras sederhana dan 20 peratus aras tinggi.  5:3:2 lah ratio nya jadi pemasangan itu berlaku begini,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya soalan-soalan terbabit diteliti, memang ada soalan yang mungkin nampak aras tinggi. 

“Mungkin dipetik aras tinggi dikumpulkan. Nampak semua aras tinggilah, tapi kalau kita tengok keseluruhan set soalan itu mungkin dia ada portion 50 peratus, 30 peratus,  20 peratus aras (setiap) soalannya.

“Kerana ia dibina oleh guru yang dah pakar dalam mata pelajaran mereka dan pemasangan (soalan) menggunakannya,” kata Pkhairuddin, menegaskan item bank soalan turut ditambah baik dari semasa ke semasa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *