Terkini
Beri DBP kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Memetik Pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) Uthaya Sankar SB, BERNAMA melaporkan selaku badan berkanun, DBP hanya boleh menjalankan penguatkuasaan bagi memelihara identiti bahasa kebangsaan sekiranya ia diberi kuasa menerusi peruntukan undang-undang.
- “Saya amat bersetuju dengan saranan itu, namun kita tidak wajar menyalahkan DBP kerana terdapat terlalu banyak kekangan dan hambatan yang terus menghalang DBP daripada menunjukkan taring dalam soal ini.
- “Misalnya, pindaan Akta DBP bukan boleh dilakukan oleh DBP. Sebaliknya, perlu ada tekad politik dalam kalangan Ahli Parlimen dan Kabinet,” katanya pada Rabu.
- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan menyarankan supaya DBP diberikan lebih banyak kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang supaya tidak berlaku pertindihan dengan pihak lain, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).
KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memetik Pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) Uthaya Sankar SB, BERNAMA melaporkan selaku badan berkanun, DBP hanya boleh menjalankan penguatkuasaan bagi memelihara identiti bahasa kebangsaan sekiranya ia diberi kuasa menerusi peruntukan undang-undang.
“Saya amat bersetuju dengan saranan itu, namun kita tidak wajar menyalahkan DBP kerana terdapat terlalu banyak kekangan dan hambatan yang terus menghalang DBP daripada menunjukkan taring dalam soal ini.
“Misalnya, pindaan Akta DBP bukan boleh dilakukan oleh DBP. Sebaliknya, perlu ada tekad politik dalam kalangan Ahli Parlimen dan Kabinet,” katanya dipetik BERNAMA pada Rabu.
Uthaya berharap isu berkenaan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pencinta dan pejuang bahasa dengan melakukan tekad politik memberi kuasa kepada DBP dan segera membawa usul meminda Akta DBP.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan menyarankan supaya DBP diberikan lebih banyak kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang supaya tidak berlaku pertindihan dengan pihak lain, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ismail Sabri berkata kali terakhir Akta DBP 1959 dipinda adalah pada 1995 yang mana hampir 30 tahun ia tidak dikemas kini dan diperkemaskan berdasarkan isu semasa.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu ketiga 2024, Dr Kamarazaman Yacob dilaporkan berkata Malaysia boleh kehilangan identiti jika kesalahan berkaitan penggunaan bahasa Melayu tidak dapat dikawal DBP. – The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina