Terkini
Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Bahasa Melayu, yang pernah menjadi lingua franca dalam perdagangan dan pentadbiran di seluruh Nusantara, berpotensi diiktiraf sebagai bahasa kedua ASEAN.
- Bahasa Melayu, yang pernah menjadi lingua franca dalam perdagangan dan pentadbiran di seluruh Nusantara, berpotensi diiktiraf sebagai bahasa kedua ASEAN.
- Berharap cadangan itu dapat direalisasi, aktivis Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang termasuk dari China dan India untuk tujuan urusan perdagangan serta pentadbiran.
- “Pada zaman penjajahan, penjajah dari Belanda dan Inggeris terpaksa mempelajari Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan bahkan pegawai dari kedua-dua negara ini dilatih dalam Bahasa Melayu sebelum mereka dihantar ke Nusantara.
- “Ini menunjukkan betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi lintas budaya,” katanya dalam sidang bertajuk ‘Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa ASEAN’ pada Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ke-3 pada Isnin.
- Tian Chua berkata usul untuk mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN mendapat sokongan pelbagai pihak dengan lebih 60 peratus penduduk rantau ini seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia berkongsi bahasa tersebut walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam dialek serta kosa kata.
KUALA LUMPUR — Bahasa Melayu, yang pernah menjadi lingua franca dalam perdagangan dan pentadbiran di seluruh Nusantara, berpotensi diiktiraf sebagai bahasa kedua ASEAN.
Berharap cadangan itu dapat direalisasi, aktivis Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang termasuk dari China dan India untuk tujuan urusan perdagangan serta pentadbiran.
“Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah lama digunakan sebagai bahasa utama dalam perdagangan di rantau ini.
“Pada zaman penjajahan, penjajah dari Belanda dan Inggeris terpaksa mempelajari Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan bahkan pegawai dari kedua-dua negara ini dilatih dalam Bahasa Melayu sebelum mereka dihantar ke Nusantara.
“Ini menunjukkan betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi lintas budaya,” katanya dalam sidang bertajuk ‘Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa ASEAN’ pada Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ke-3 di sini pada Isnin.
Bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata usul untuk mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN mendapat sokongan pelbagai pihak dengan lebih 60 peratus penduduk rantau ini seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia berkongsi bahasa tersebut walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam dialek serta kosa kata.
Mengambil contoh Kesatuan Eropah yang menghormati dan mengiktiraf pelbagai bahasa dalam urusannya, Tian Chua berkata langkah sama boleh diambil untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai antara bahasa rasmi ASEAN.
Penyelidik Kanan Sarawak Dr Gabriel Walter, yang juga moderator sesi itu, pula berkata Bahasa Melayu berjaya menyatukan pelbagai kaum di Sarawak walaupun terdapat bahasa tempatan lain seperti Iban dan Kelabit.
“Saya melihat Bahasa Melayu begitu efektif di Sarawak dalam menyatukan penduduk dan mereka lebih banyak menggunakan bahasa ini berbanding Bahasa Inggeris,” katanya.
Malaysia sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk berbincang dengan para pemimpin ASEAN mengenai cadangan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dalam usaha memperkasakan ia di peringkat antarabangsa. —- BERNAMA
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina