Connect with us

Terkini

Ustaz Kazim, RORA, Salman Ali antara pendakwah yang dilarang ceramah di Pulau Pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menamakan 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.

Wartawan TMT

Published

on

Ustaz Kazim, RORA, Salman Ali antara pendakwah yang dilarang ceramah di Pulau Pinang
Foto: Dari kiri, Salman Ali, RORA dan Ustaz Kazim.
  • Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menamakan 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini.
  • Datuk Kazim Elias termasuk antara 16 nama tersebut, atas sebab tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.
  • Perkara itu diumum menerusi satu pekeliling bertarikh 4 November 2022.
  • Datuk Kazim berdepan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika ingkar larangan itu.

GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menamakan 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.

Mereka adalah Datuk Kazim Elias, Shaharudin Ibrahim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subri, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan, Halim Hassan dan Dr Abdullah Yassin.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, satu pekeliling bertarikh 4 November 2022 telah dikeluarkan dengan menyenaraikan kesemua individu tersebut selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

“Kita telah menerima aduan awam dan mendapati, 16 individu ini tiada tauliah mengajar daripada MAINPP.

Kata beliau lagi, mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut, boleh dikenakan denda atau penjara.

“Sekiranya gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan MAINPP, implikasinya akan dikenakan kepada kedua-dua pihak iaitu terhadap penceramah dan penganjur. Kedua-duanya akan dikenakan tindakan yang mana, penceramah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Ini kerana, mereka telah melanggar Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang (EKJSNPP) 1996 iaitu mengajar agama tanpa tauliah dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang (EPAINPP) 2004 kerana mengajar agama Islam atau apa-apa aspek tentang Islam tanpa tauliah,” katanya.

Ahmad Zakiyuddin berkata, bagi penganjur pula, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali kerana melanggar Seksyen 43(penyubahatan) yang dibaca bersama Seksyen 11 EKJSNPP 1996 iaitu bersubahat menganjurkan program melibatkan penceramah tanpa tauliah.

“Tujuan larangan in dikuatkuasakan bertujuan memastikan kesemua penceramah tersebut menghormati dan mematuhi kehendak-kehendak perundangan syariah berhubung pengtauliahan bagi memastikan penceramah yang layak sahaja menyampaikan ilmu-ilmu yang bertujuan menyatupadukan.

“Selain itu, larangan ini juga bagi mengelakkan timbul sebarang kekeliruan dan perselisihan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian antara jemaah masjid dan ahli qariah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Terkini

Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber – Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.
  • Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.
  • “Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di negara ini mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan bagi mendepani ancaman risiko keselamatan siber moden.

Menurut Indeks Kesiapsiagaan Keselamatan Siber 2024 di bawah Cisco, 77 peratus responden mendedahkan insiden keselamatan siber berkemungkinan memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam tempoh 12 ke 24 bulan akan datang.

Indeks itu turut mendedahkan 98 peratus daripada keseluruhan responden kajian berkemungkinan besar akan meningkatkan perbelanjaan untuk mengukuhkan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kos terpaksa ditanggung akibat ketidaksediaan menghadapi serangan siber agak tinggi, dengan 73 peratus responden mengatakan mereka mengalami insiden berkaitan dalam tempoh 12 bulan lepas dan 44 peratus mengatakan terpaksa menanggung kos sekitar AS$300,000 (RM1.4 juta).

“Pendekatan tradisi seperti menggunapakai beberapa penyelesaian keselamatan siber jelas tidak menunjukkan keputusan diingini, dengan 87 peratus responden mengakui pendekatan sedemikian melambatkan keupayaan pasukan mereka untuk mengesan, bertindak balas dan pulih daripada insiden tersebut.

“Ini jelas menimbulkan kebimbangan yang signifikan kerana 68 peratus daripada organisasi berkata mereka telah menggunakan lebih daripada 10 penyelesaian untuk keselamatan siber, manakala 24 peratus lagi menggunakan lebih daripada 30,” menurut kajian Cisco dipetik Astro Awani di sini hari ini.

Cisco berkata syarikat mesti memacu pelaburan lebih berkesan dalam sekuriti, termasuk menggunapakai langkah sekuriti berinovatif dan pendekatan platform sesuai bagi menangani cabaran dalam landskap masa kini,

Pengurusan syarikat juga digalakkan mengukuhkan kemampanan rangkaian menggunakan penjanaan teknologi pembuatan dan meningkatkan pengambilan pekerja bagi merapatkan jurang dalam kemahiran keselamatan siber.

“Landskap cabaran hari ini lebih rumit berbanding dahulu dan organisasi global, termasuk mereka di Malaysia masih lambat untuk meningkatkan kemampanan siber mereka.

“Syarikat perlu menggunakan pendekatan platform yang akan memberikan paparan tunggal yang mudah, selamat serta menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka demi mengukuhkan postur keselamatan mereka dan memanfaatkan peluang yang datang dengan teknologi baru muncul dengan sebaik-baiknya,” kata Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Hana Raja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending