Connect with us

Terkini

UMNO mungkir janji, hanya menamakan 10 peratus calon wanita – PantauPRU15

Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15) kesal berikutan kegagalan kebanyakan parti politik mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

UMNO mungkir janji, hanya menamakan 10 peratus calon wanita - PantauPRU15
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menerusi data diperoleh 3 November lalu, pihaknya mendapati peratusan calon wanita bagi kerusi Parlimen diumumkan tidak sampai 30 peratus.
  • PH jadi parti politik paling banyak menamakan calon wanita PRU15 sebanyak 18 peratus, diikuti GTA sebanyak 13.3 peratus dan BN sebanyak 11 peratus.
  • “PN hanya mengemukakan calon wanita sebanyak 9.3 peratus, GPS sebanyak 16.1 peratus dan Gabungan Rakyat Sabah-BN sebanyak 12.5 peratus.
  • UMNO mengumumkan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meletakkan 30 peratus calon wanita dalam PRU15, bagaimanapun hanya menamakan 10 peratus calon wanita manakala dua calon wanita pada PRU14 digugurkan.
  • Apa mendukacitakan adalah mungkir janji dibuat MKT UMNO.
  • “PantauPRU15 sekali lagi gesa semua parti politik menyemak semula dan buat perubahan senarai pencalonan bagi membuktikan parti politik anda mengiktiraf dan menghormati kepimpinan wanita.”

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15) kesal berikutan kegagalan kebanyakan parti politik mengiktiraf wanita sebagai pemimpin dan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PantauPRU15 dalam satu kenyataan berkata, menerusi data yang diperoleh pada 3 November lalu, pihaknya mendapati peratusan calon wanita bagi kerusi Parlimen yang diumumkan tidak sampai 30 peratus.

Menurut kenyataan itu, Pakatan Harapan (PH) menjadi parti politik paling banyak menamakan wanita sebagai calon PRU15 sebanyak 18 peratus, diikuti Gerakan Tanah Air (GTA) sebanyak 13.3 peratus dan BN sebanyak 11 peratus.

“Perikatan Nasional (PN) hanya mengemukakan calon wanita sebanyak 9.3 peratus, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 16.1 peratus dan Gabungan Rakyat Sabah-BN sebanyak 12.5 peratus.

“Prestasi PH banyak disumbang oleh DAP yang mencapai 25.4 peratus calon wanita pada PRU15. Ini diikuti 20 peratus oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), sebanyak 17 peratus masing-masing oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), sementara Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan 19.4 peratus calon Wanita.

“Sungguhpun tidak mencapai sasaran yang diharapkan, namun ada sedikit petanda baik apabila jumlah wanita yang dicalonkan mencatat penambahan,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, UMNO yang telah mengumumkan kelulusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meletakkan 30 peratus calon wanita dalam PRU15, bagaimanapun hanya menamakan 10 peratus calon wanita manakala dua calon wanita pada PRU14 digugurkan.

“Parti komponen yang berada dalam BN, MCA mencatat jumlah tertinggi menamakan wanita sebagai calon iaitu sebanyak 16 peratus, manakala MIC sebanyak sembilan peratus.

“Dalam komponen PN, Pas mencatat sebanyak 12.5 peratus meskipun jumlah itu mencatat penurunan berbanding PRU-14, sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya mencapai 7.2 peratus dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencatat 10 peratus.

“Sungguhpun terdapat kemajuan dalam beberapa parti politik, jelas bahawa secara amnya pemimpin parti politik tidak menghormati dan mengiktiraf kepimpinan wanita yang sangat berkaliber dan mampu mengubah corak kepimpinan parti dan urus tadbir negara dengan gemilang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, apa yang mendukacitakan adalah mungkir janji yang dibuat oleh MKT UMNO.

“Kebolehpercayaan adalah penting bagi rakyat dan kita berpegang kepada harapan untuk memilih kerajaan yang boleh dipercayai melaksanakan komitmen kepada semua golongan rakyat.

“Peningkatan calon wanita adalah tanggungjawab bagi parti menunaikannya. 

PantauPRU15 sekali lagi menggesa semua parti politik untuk menyemak semula dan membuat perubahan senarai pencalonan bagi membuktikan parti politik anda mengiktiraf dan menghormati kepimpinan wanita,” kata Pantau PRU15.

Sumber : Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending