Connect with us

Terkini

UMNO dan PAS sepatutnya tidak berlawan sesama sendiri

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim meluahkan rasa terkilan kerana UMNO dan Pas tidak berada dalam satu gabungan politik bagi membentuk kerajaan lebih stabil pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

UMNO dan PAS sepatutnya tidak berlawan sesama sendiri
Foto: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.
  • Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim meluahkan rasa terkilan kerana UMNO dan Pas tidak berada dalam satu gabungan politik bagi membentuk kerajaan lebih stabil pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 
  • “Sepatutnya kita bersama UMNO berada di bawah penyatuan ummah (Muafakat Nasional). Kita telah konsisten dari dulu mengajak (UMNO) supaya dapat bersama, tetapi malangnya seperti yang diketahui ianya gagal di peringkat atas.
  • “Saya dapat rasakan kekecewaan dalam kalangan ahli-ahli UMNO di peringkat bawah dan sebagainya kerana kita jangkakan (UMNO, Pas) sepatutnya tidak perlu berlawan sesama sendiri,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Media Perikatan Nasional (PN) di sini, pada Isnin.
  • Amzad bagaimanapun berkata, apapun keputusan yang telah dibuat, Pas perlu meneruskan perjuangan untuk berdepan dengan parti lawan, sekali gus mengekalkan kemenangan sama ada di peringkat negeri dan Persekutuan sebelum ini.

KUALA TERENGGANU – Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim meluahkan rasa terkilan kerana UMNO dan Pas tidak berada dalam satu gabungan politik bagi membentuk kerajaan lebih stabil pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Jelas beliau, kedua-dua parti itu sepatutnya berada dalam satu blok politik untuk sama-sama ‘bertempur’ dalam pilihan raya ini. 

“Sepatutnya kita bersama UMNO berada di bawah penyatuan ummah (Muafakat Nasional). Kita telah konsisten dari dulu mengajak (UMNO) supaya dapat bersama, tetapi malangnya seperti yang diketahui ianya gagal di peringkat atas. 

“Saya dapat rasakan kekecewaan dalam kalangan ahli-ahli UMNO di peringkat bawah dan sebagainya kerana kita jangkakan (UMNO, Pas) sepatutnya tidak perlu berlawan sesama sendiri,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Media Perikatan Nasional (PN) di sini, pada Isnin.

Amzad bagaimanapun berkata, apapun keputusan yang telah dibuat, Pas perlu meneruskan perjuangan untuk berdepan dengan parti lawan, sekali gus mengekalkan kemenangan sama ada di peringkat negeri dan Persekutuan sebelum ini. 

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan terhadap sokongan yang akan diterima sekiranya masih diberikan peluang untuk bertanding di kerusi sama pada pilihanraya nanti. 

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, beliau menyerahkan sebarang keputusan kepada pucuk pimpinan yang bakal mengumumkan calon dalam masa terdekat.

Dalam masa sama, anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu tidak memandang enteng kelebihan calon daripada parti lawan yang akan dipertaruhkan untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. 

“Sama ada saya akan pertahankan atau tidak, ia tertakluk kepada keputusan parti dan setakat ni saya masih tidak tahu sama ada nama saya dicalonkan atau tidak. 

“Saya tidak pernah menganggap semua saingan adalah mudah kerana pada saya mereka semua mempunyai kelebihan masing-masing,” katanya. 

Pada PRU14 lalu, Ahmad Amzad menang selesa selepas memperoleh 42,988 undi majoriti 14,773 undi menewaskan calon dari BN, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang mendapat 28,215 undi serta calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (15,380 undi).

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending