Connect with us

Terkini

Teratai Bah Arom wakil Orang Asli, perjuang nasib masyarakat DUN Chenderiang

Calon Bebas, Teratai Bah Arom akan melakukan sebaik mungkin dalam memperjuangkan nasib masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang termasuk masalah yang membelenggu Orang Asli.

Wartawan TMT

Published

on

Teratai Bah Arom wakil Orang Asli, perjuang nasib masyarakat DUN Chenderiang
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Calon Bebas, Teratai Bah Arom akan memperjuangkan nasib masyarakat  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang termasuk masalah yang membelenggu Orang Asli.
  • Bagi membuktikan kaumnya sentiasa ada keberanian dalam mengetengahkan perkara berbangkit melalui orang tengah pada PRU15.
  • Penyertaannya sebagai calon Orang Asli merupakan tiket Bebas yang pertama di Perak.
  • “Saya wakil masyarakat Orang Asli, tetapi boleh menjaga semua bangsa hidup harmoni sesama kita. Perkongsian adalah kebahagiaan, saling mengenali dan bertoleransi,” – Teratai Bah Arom
  • Isu yang diberi penekanan adalah pencerobohan tanah, ekonomi tempatan dan tahap pendidikan masyarakat di DUN Chenderiang.

TAPAH – Calon Bebas, Teratai Bah Arom akan melakukan sebaik mungkin dalam memperjuangkan nasib masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang termasuk masalah yang membelenggu Orang Asli.

Menurutnya, penglibatan dalam kancah politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membuktikan kaumnya sentiasa ada keberanian dalam mengetengahkan perkara berbangkit tanpa melalui orang tengah.

“Siapa kata Orang Asli tak boleh berpolitik. Penyertaan saya calon Orang Asli sebagai tiket Bebas adalah yang pertama di Perak. Seingat saya, pernah ada calon tapi mewakili tiket parti-parti sedia ada.

“Penerimaan masyarakat kepada saya begitu baik. Tidak kira Melayu, India dan Cina semuanya positif.

“Saya wakil masyarakat Orang Asli, tetapi boleh menjaga semua bangsa hidup harmoni sesama kita. Perkongsian adalah kebahagiaan, saling mengenali dan bertoleransi,” katanya.

Teratai, 42, juga mengakui individu yang menjadi tulang belakangnya untuk tampil ke depan adalah suaminya.

“Semangat itu saya akan bawa bagi berjumpa orang ramai dan menerangkan apa matlamat saya bawakan sepanjang PRU15.

“Sebagai anak tempatan, saya memohon dengan rendah diri agar semua penduduk memberi peluang kepada saya untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri Perak mewakili DUN Chenderiang ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Teratai berkata, isu yang diberi penekanan adalah pencerobohan tanah, ekonomi tempatan dan tahap pendidikan masyarakat di DUN Chenderiang.

Katanya, isu pendidikan antara mendapat perhatiannya pada kempen kali ini yang perlukan jalan penyelesaian.

“Ada sesetengah sekolah yang jauh dari pekan dan masuk ke kawasan dalam, tiada peralatan televisyen kepada pelajar untuk mereka belajar dengan selesa.

“Pendidikan anak Orang Asli ada rekod kedatangan yang baik cuma ada kekangan tertentu yang harus ditambah baik lagi,” katanya yang memiliki Diploma Pengajian Perniagaan di UiTM.

DUN Chenderiang menjadi kerusi DUN yang paling ramai ditandingi pada PRU15 membabitkan tujuh calon.

Untuk rekod, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah penyandang DUN Chenderiang pada PRU14.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending