Connect with us

Terkini

“Takut ‘naik sheikh’, MAINPP larang calon sampaikan khutbah Jumaat

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak membenarkan mana-mana calon dari parti politik untuk menyampaikan khutbah Jumaat di semua masjid di negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

“Takut ‘naik sheikh’, MAINPP larang calon sampaikan khutbah Jumaat
Foto: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
  • Khutbah Jumaat seharusnya disampaikan khatib yang dilantik dan menggunakan teks disediakan JHEAINPP.
  • “Kita tak galak individu-individu dari luar atau dari mana-mana parti politik menyampaikan khutbah terutamanya dalam musim kempen PRU15 ini.”
  • “Kita bimbang ada di kalangan mereka (khatib) ‘naik sheikh’ kerana terpengaruh keadaan berlaku dibawa di luar masjid hingga terbawa-bawa ke atas mimbar.” – Yang Dipertua MAINPP
  • Pentadbir-pentadbir masjid perlu elakkan aktiviti kuliah serta ceramah di masjid terkait sebarang unsur politik yang boleh mencemar dan mencetuskan suasana tidak harmoni.
  • Mana-mana parti politik tidak dibenarkan memasang bendera, kain rentang dan poster di pagar atau dalam kawasan masjid kerana ia satu kesalahan.

KEPALA BATAS – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak membenarkan mana-mana calon dari parti politik untuk menyampaikan khutbah Jumaat di semua masjid di negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, semua masjid di negeri ini harus mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah dibuat melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP).

Tegasnya, khutbah Jumaat seharusnya disampaikan oleh khatib yang telah dilantik dan mengunakan teks disediakan JHEAINPP.

“Kita tak menggalakkan individu-individu dari luar atau dari mana-mana parti politik untuk menyampaikan khutbah terutamanya dalam musim kempen PRU15 ini.

“Kita bimbang ada di kalangan mereka (khatib) yang ‘naik sheikh’ kerana terpengaruh dengan keadaan yang berlaku dibawa di luar masjid hingga terbawa-bawa ke atas mimbar,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang 2022 di Masjid Daerah Seberang Perai Utara di sini pada Khamis.

Ahmad Zakiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan dari parti politik kepada JHEAINPP untuk membenarkan calon yang bertanding pada PRU15 menyampaikan khutbah Jumaat di negeri ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, peringatan sama turut diberikan kepada pentadbir-pentadbir masjid agar memastikan aktiviti kuliah serta ceramah di masjid mesti dielakkan sebarang unsur politik yang boleh mencemar dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

“Sama juga dengan kuliah agama serta ceramah ada peraturan-peraturan yang digariskan dan setiap pentadbiran masjid perlu ikut dengan semua yang telah ditetapkan.

“Ingin saya ingatkan dalam enakmen kita serta kaedah-kaedah dan peraturan, ada kesalahan berkenaan, jadi ketidakpatuhan dalam penyampaian khutbah, ceramah serta kuliah ini boleh dikenakan denda yang tertentu bersabit dengan kesalahan berikut,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada mana-mana parti politik supaya tidak memasang bendera, kain rentang dan poster di pagar atau dalam kawasan masjid kerana ia adalah satu kesalahan.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending