Terkini
Siti Kassim, Cleopatra antara 10 calon merebut kerusi Parlimen Batu
Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
- Penyandang kerusi tersebut sebelum ini mewakili PH, P. Prabakaran akan dicabar rapat bekas Ahli Parlimen Chua Tian Chang @ Tian Chua yang bertanding atas tiket bebas.
- Pencabar lain Datuk A. Kohilan Pillay selaku calon parti komponen BN, Azhar Yahya (Pas) yang mewakili PN dan Wan Azliana Wan Adnan dari parti Gerakan Tanah Air (Pejuang).
- Dua calon bebas adalah peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim yang dikenali Siti Kasim dan pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali Cleopatra.
- Nama lain; P Naganathan (Warisan), Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).
- Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR Parlimen Batu, Khairul Azmir Ahmad dan selepas disemak serta berpuas hati, telah memutuskan tiada kertas penamaan calon ditolak.
KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Penyandang kerusi tersebut yang sebelum ini mewakili Pakatan Harapan (PH), P. Prabakaran akan dicabar rapat oleh bekas Ahli Parlimen dan bekas ketua PKR Cabang Batu, Chua Tian Chang @ Tian Chua yang bertanding atas tiket bebas.
Selain itu, pencabar lain adalah Datuk A. Kohilan Pillay selaku calon parti komponen Barisan Nasional (BN), Azhar Yahya (Pas) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Wan Azliana Wan Adnan dari parti Gerakan Tanah Air (Pejuang).
Dua calon bebas yang turut tercalon adalah peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim yang dikenali Siti Kasim dan pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali Cleopatra.
Beberapa nama lain yang turut mencuba termasuk P Naganathan (Warisan), Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).
Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR Parlimen Batu, Khairul Azmir Ahmad dan selepas disemak serta berpuas hati, telah memutuskan tiada kertas penamaan calon yang ditolak. – KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia