Terkini
‘Setia pada BN, tidak lompat parti’, kandungan aku janji ditandatangani KJ
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat (letterhead) BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan bukannya sebarang surat aku janji dengan kepala surat UMNO, seperti yang tular sejak beberapa hari lepas.
- Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, surat yang ditandatanganinya itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak lompat parti.
- “Kita sign aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan.
- Katanya, dia tidak menandatangani surat dengan letterhead UMNO seperti yang ditularkan beberapa hari lepas.
- Menteri Kesihatan itu mengulangi pendirian bahawa calon perdana menteri ke-10 adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada sebarang perubahan berkenaan perkara itu.
SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat (letterhead) BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan bukannya sebarang surat aku janji dengan kepala surat UMNO, seperti yang tular sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata surat yang ditandatanganinya itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak lompat parti.
“Kita sign aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan.
“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead UMNO yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat HSB di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas maklumat yang tular di media tular mengenai surat dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon Umno dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri,
Bagaimanapun, Ahmad telah menafikan surat berkenaan, dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap BN dan UMNO.
Khairy yang juga Menteri Kesihatan mengulangi pendirian bahawa calon perdana menteri ke-10 adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada sebarang perubahan berkenaan perkara itu. – Bernama
Sumber: The Sundaily
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times