Connect with us

Terkini

Saingan lima penjuru di Pandan, Rafizi & Ong Tee Keat kembali berebut kawasan

Kerusi Parlimen Pandan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini. Mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bersaing di kawasan itu ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, manakala calon daripada Parti Warisan (Warisan) pula ialah Tan Sri Ong Tee Keat yang juga bekas Presiden MCA.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan lima penjuru di Pandan, Rafizi & Ong Tee Keat kembali berebut kawasan
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Mewakili PH bersaing di Pandan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, manakala calon Warisan, Tan Sri Ong Tee Keat yang juga bekas Presiden MCA.
  • Tiga calon lain; Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee (BN); Ketua Pemuda Pas Pandan, Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) dan Nadia Hanafiah (GTA).
  • Ia diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Julaihah Jamaluddin ketika sidang media Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, selepas tamat proses penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi, Sabtu tadi.
  • Untuk rekod, Rafizi dan Ong Tee Keat merupakan bekas penyandang ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

AMPANG – Kerusi Parlimen Pandan akan menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bersaing di kawasan itu ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, manakala calon daripada Parti Warisan (Warisan) pula ialah Tan Sri Ong Tee Keat yang juga bekas Presiden MCA.

Tiga lagi calon ialah Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee mewakili BN; Ketua Pemuda Pas Pandan, Muhammad Farique Zubir Albakri (PN) dan Nadia Hanafiah (GTA).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Julaihah Jamaluddin ketika sidang media Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, selepas tamat proses penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi, Sabtu tadi.

Untuk rekod, dua daripada lima calon bersaing di kerusi Parlimen Pandan itu merupakan bekas penyandang ahli Parlimen di kawasan berkenaan.

Rafizi pernah menjawat jawatan tersebut selepas PRU13 selama sepenggal manakala Ong Tee Keat yang merupakan bekas Menteri Pengangkutan pula selama dua penggal iaitu pada PRU11 dan PRU12.

Pada PRU14 lalu, kerusi tersebut disandang oleh bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya memenangi kawasan tersebut dalam persaingan lima penjuru dengan majoriti 52,543 undi.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending