Antarabangsa
Restoran KFC halal pertama dibuka di Hong Kong
HONG KONG – Masyarakat Islam di Hong Kong berharap kesedaran tentang makanan halal dipertingkatkan selepas KFC membuka restoran pertamanya disahkan halal di Hong Kong, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.
- Masyarakat Islam di Hong Kong berharap kesedaran tentang makanan halal dipertingkatkan selepas KFC membuka restoran pertamanya disahkan halal di Hong Kong, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.
- Ketua Imam Hong Kong dan pemimpin kerohanian Islam, Mufti Muhammad Arshad berkata ini kerana pilihan makanan adalah terhad untuk 300,000 orang Islam di bandar itu, yang membentuk kira-kira empat peratus daripada penduduk selain mematuhi diet pemakanan Muslim.
- “Jika pemilik perniagaan Islam dan masyarakat Islam tingkatkan kesedaran, mereka sebenarnya boleh menjual produk halal di luar masyarakat Islam,” – Pengarah Pusat Kajian Budaya Islam di Universiti China, Profesor Madya James Frankel.
- Terbaharu, restoran KFC dibuka berdekatan Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui Hong Kong, sekaligus menyaksikan orang ramai memenuhi restoran itu yang menjadi cawangan pertama rantaian makanan segera disahkan halal di Hong Kong.
HONG KONG – Masyarakat Islam di Hong Kong berharap kesedaran tentang makanan halal dipertingkatkan selepas KFC membuka restoran pertamanya disahkan halal di Hong Kong, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.
Ketua Imam Hong Kong dan pemimpin kerohanian Islam, Mufti Muhammad Arshad berkata tindakan restoran makanan segera antarabangsa itu amat dialu-alukan umat Islam di Hong Kong.
Ini kerana pilihan makanan adalah terhad untuk 300,000 orang Islam di bandar itu, yang membentuk kira-kira empat peratus daripada penduduk tempatan selain mematuhi diet pemakanan Muslim.
Amalan halal yang diamalkan penganut Islam bukan sahaja melarang memakan daging babi dan hasil sampingannya, tetapi juga merujuk kepada cara penyembelihan haiwan.
Pensijilan halal di Hong Kong dikeluarkan Pemegang Amanah Diperbadankan Dana Komuniti Islam Hong Kong.
Tetapi Hong Kong, yang dikenali di seluruh dunia sebagai syurga gourmet, hanya mempunyai 63 pertubuhan disahkan halal setakat Februari tahun ini.
“Berbanding Singapura, Thailand dan negara lain, kami mempunyai lebih sedikit restoran yang disahkan halal,” kata Arshad dipetik South China Morning Post.
Di Singapura, di mana orang Islam mewakili 15 peratus daripada populasi penduduk, 4,000 sijil halal dikeluarkan kepada pertubuhan makanan pada tahun lalu.
Pengarah Pusat Kajian Budaya Islam di Universiti China, Profesor Madya James Frankel berkata untuk terus kekal beroperasi di bandar, restoran halal perlu meluaskan daya tarikan kepada komuniti bukan Islam juga.
Frankel berkata langkah KFC adalah perkembangan positif dalam “menormalisasikan identiti Muslim” di bandar itu tetapi merasakan perjalanan masih jauh.
Frankel tidak menafikan bahawa kebanyakan warga Hong Kong, bukan beragama Islam, kurang memahami konsep makanan halal.
“Jika pemilik perniagaan Islam dan masyarakat Islam boleh meningkatkan kesedaran, mereka sebenarnya boleh menjual produk halal di luar masyarakat Islam,” katanya.
Kerajaan juga boleh membantu, kerana terdapat faedah untuk keharmonian antara masyarakat dan mempromosikan Hong Kong sebagai bandar mesra Muslim, katanya.
Terbaharu, restoran KFC dibuka berdekatan Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui Hong Kong, sekaligus menyaksikan orang ramai memenuhi restoran itu yang menjadi cawangan pertama rantaian makanan segera disahkan halal di Hong Kong.
Sumber : South China Morning Post