Connect with us

Terkini

‘No pork, no alcohol’ tidak semestinya halal – Menteri Agama

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.
  • Berikutan itu, JAKIM sentiasa mempertingkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan dan kebaikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam industri makanan dan perniagaan.
  • Buat masa ini Kerajaan Madani masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan SPHM bersifat sukarela sejak mula dilaksanakan pada 1974 dan perkara itu telah diperkukuhkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.
  • “Sesungguhnya pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” kata Mohd Na’im dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Mana-mana premis menggunakan istilah ‘tiada babi, tiada alkohol’ atau ‘no pork, no alcohol’, tidak mencerminkan bahawa premis makanan itu adalah halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.

Mohd Na’im berkata berikutan itu Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sentiasa mempertingkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan dan kebaikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam industri makanan dan perniagaan.

Katanya, buat masa ini Kerajaan Madani masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan SPHM bersifat sukarela sejak mula dilaksanakan pada 1974 dan perkara itu diperkukuhkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.

“Dasar sedia ada ini bermaksud bahawa dasar ini adalah terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Sesungguhnya pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” kata Mohd Na’im dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Besut dari PN, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mahu mengetahui cadangan supaya JAKIM mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *