Connect with us

Antarabangsa

Restoran KFC halal pertama dibuka di Hong Kong

HONG KONG – Masyarakat Islam di Hong Kong berharap kesedaran tentang makanan halal dipertingkatkan selepas KFC membuka restoran pertamanya disahkan halal di Hong Kong, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Masyarakat Islam di Hong Kong berharap kesedaran tentang makanan halal dipertingkatkan selepas KFC membuka restoran pertamanya disahkan halal di Hong Kong, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.
  • Ketua Imam Hong Kong dan pemimpin kerohanian Islam, Mufti Muhammad Arshad berkata ini kerana pilihan makanan adalah terhad untuk 300,000 orang Islam di bandar itu, yang membentuk kira-kira empat peratus daripada penduduk selain mematuhi diet pemakanan Muslim.
  • “Jika pemilik perniagaan Islam dan masyarakat Islam tingkatkan kesedaran, mereka sebenarnya boleh menjual produk halal di luar masyarakat Islam,” – Pengarah Pusat Kajian Budaya Islam di Universiti China, Profesor Madya James Frankel.
  • Terbaharu, restoran KFC dibuka berdekatan Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui Hong Kong, sekaligus menyaksikan orang ramai memenuhi restoran itu yang menjadi cawangan pertama rantaian makanan segera disahkan halal di Hong Kong.

HONG KONG – Masyarakat Islam di Hong Kong berharap kesedaran tentang makanan halal dipertingkatkan selepas KFC membuka restoran pertamanya disahkan halal di Hong Kong, tidak jauh dari Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui.

Ketua Imam Hong Kong dan pemimpin kerohanian Islam, Mufti Muhammad Arshad berkata tindakan restoran makanan segera antarabangsa itu amat dialu-alukan umat Islam di Hong Kong.

Ini kerana pilihan makanan adalah terhad untuk 300,000 orang Islam di bandar itu, yang membentuk kira-kira empat peratus daripada penduduk tempatan selain mematuhi diet pemakanan Muslim.

Amalan halal yang diamalkan penganut Islam bukan sahaja melarang memakan daging babi dan hasil sampingannya, tetapi juga merujuk kepada cara penyembelihan haiwan.

Pensijilan halal di Hong Kong dikeluarkan Pemegang Amanah Diperbadankan Dana Komuniti Islam Hong Kong.

Tetapi Hong Kong, yang dikenali di seluruh dunia sebagai syurga gourmet, hanya mempunyai 63 pertubuhan disahkan halal setakat Februari tahun ini.

“Berbanding Singapura, Thailand dan negara lain, kami mempunyai lebih sedikit restoran yang disahkan halal,” kata Arshad dipetik South China Morning Post.

Di Singapura, di mana orang Islam mewakili 15 peratus daripada populasi penduduk, 4,000 sijil halal dikeluarkan kepada pertubuhan makanan pada tahun lalu.

Pengarah Pusat Kajian Budaya Islam di Universiti China, Profesor Madya James Frankel berkata untuk terus kekal beroperasi di bandar, restoran halal perlu meluaskan daya tarikan kepada komuniti bukan Islam juga.

Frankel berkata langkah KFC adalah perkembangan positif dalam “menormalisasikan identiti Muslim” di bandar itu tetapi merasakan perjalanan masih jauh.

Frankel tidak menafikan bahawa kebanyakan warga Hong Kong, bukan  beragama Islam, kurang memahami konsep makanan halal.

“Jika pemilik perniagaan Islam dan masyarakat Islam boleh meningkatkan kesedaran, mereka sebenarnya boleh menjual produk halal di luar masyarakat Islam,” katanya.

Kerajaan juga boleh membantu, kerana terdapat faedah untuk keharmonian antara masyarakat dan mempromosikan Hong Kong sebagai bandar mesra Muslim, katanya.

Terbaharu, restoran KFC dibuka berdekatan Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui Hong Kong, sekaligus menyaksikan orang ramai memenuhi restoran itu yang menjadi cawangan pertama rantaian makanan segera disahkan halal di Hong Kong.

Sumber : South China Morning Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending