Connect with us

Antarabangsa

Hong Kong larang penggunaan vape di tempat awam menjelang pertengahan 2026

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • “Untuk melindungi golongan muda, kami percaya sudah tiba masanya untuk melarang penggunaan kartrij e-rokok,” kata Setiausaha Kesihatan, Lo Chung Mau dalam satu program televisyen. 
  • Penggubalan undang-undang itu akan bermula dengan larangan pemilikan dan penggunaan di luar rumah terlebih dahulu.

HONG KONG — Hong Kong akan melarang pemilikan dan penggunaan kartrij e-rokok di tempat awam menjelang pertengahan 2026.

Menurut pegawai kesihatan tertinggi bandar itu, penggunaan vape masih berleluasa di Hong Kong walaupun hab kewangan China itu telah menyekat pengimportan, pembuatan, dan penjualan e-rokok serta produk tembakau pada April 2022.

“Untuk melindungi golongan muda, kami percaya sudah tiba masanya untuk melarang penggunaan kartrij e-rokok,” kata Setiausaha Kesihatan, Lo Chung Mau dalam satu program televisyen. 

Menurut Mau, penggubalan undang-undang itu akan bermula dengan larangan pemilikan dan penggunaan di luar rumah terlebih dahulu.

“Kami akan mulakan dengan menggubal undang-undang untuk melarang pemilikan dan penggunaan di luar rumah,

“Setelah orang ramai terbiasa dengan (larangan ini), kami akan melaksanakannya di semua tempat,” jelas Mau.

Dasar ini merupakan yang pertama kali dicadangkan tahun lalu sebagai larangan menyeluruh terhadap e-rokok dan akan dibawa ke legislatur pada bulan April dengan matlamat untuk dikuatkuasakan menjelang pertengahan 2026, kata Lo.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kira-kira 35 negara telah melarang penjualan e-rokok  tahun lalu. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *