Connect with us

Terkini

Pilihan makanan halal terhad, Hong Kong hilang pelawat Malaysia kepada Thailand

Sesetengah umat Islam Malaysia lebih suka melawat Thailand berbanding Hong Kong kerana Hong Kong menawarkan pilihan makanan halal terhad, kata Ahli Parlimen Hong Kong memetik pegawai pelancongan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Hong Kong, Nixie Lam Lam.
  • Sesetengah umat Islam Malaysia lebih suka melawat Thailand berbanding Hong Kong kerana Hong Kong menawarkan pilihan makanan halal terhad, kata Ahli Parlimen Hong Kong memetik pegawai pelancongan Malaysia.
  • Ahli Parlimen Hong Kong, Nixie Lam Lam pada Isnin berkongsi maklum balas daripada pegawai Malaysia sehari selepas delegasi Hong Kong bertemu Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Khairul Firdaus Akbar Khan.
  • Delegasi terdiri daripada penggubal undang-undang Hong Kong itu dalam lawatan tugasan ke luar negara pertama mereka untuk penggal ini.
  • “(Pegawai) berkata beberapa orang Islam berkongsi bahawa mereka mahu melawat Hong Kong, tetapi akhirnya memilih Thailand kerana mereka fikir bahawa ia akan lebih mudah untuk makan di sana.
  • “Kami memberitahu mereka bahawa kami cuba menjadikan Hong Kong lebih mesra halal supaya umat Islam Malaysia dapat merasai ketenangan fikiran semasa berada di sini,” katanya dipetik SCMP.
  • Setakat ini, terdapat 116 premis makanan halal di Hong Kong.
  • Malaysia adalah destinasi pertama delegasi dari Hong Kong itu, yang turut melawat parlimen, pihak berkuasa pelancongan dan dewan perniagaan, sebelum dijadualkan ke Indonesia dan Singapura.

Sesetengah umat Islam Malaysia lebih suka melawat Thailand berbanding Hong Kong kerana Hong Kong menawarkan pilihan makanan halal terhad, kata Ahli Parlimen Hong Kong memetik pegawai pelancongan Malaysia.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan Ahli Parlimen Hong Kong, Nixie Lam Lam pada Isnin berkongsi maklum balas pegawai Malaysia sehari selepas delegasi Hong Kong bertemu Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Delegasi terdiri daripada penggubal undang-undang Hong Kong itu dalam lawatan tugasan ke luar negara pertama mereka untuk penggal ini.

“(Pegawai) berkata beberapa orang Islam berkongsi bahawa mereka mahu melawat Hong Kong, tetapi akhirnya memilih Thailand kerana mereka fikir bahawa ia lebih mudah untuk makan di sana.

“Kami memberitahu mereka bahawa kami cuba menjadikan Hong Kong lebih mesra halal supaya umat Islam Malaysia dapat merasai ketenangan fikiran semasa berada di sini,” katanya.

Setakat ini, terdapat 116 premis makanan halal di Hong Kong.

Lam berkata Hong Kong boleh melancarkan sistem pensijilan halal kerajaan lebih awal untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara itu dan Timur Tengah.

Pegawai Lembaga Pelancongan bandar itu berkata dua bulan lalu ia sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan skim baharu tahun depan.

Ketika ini, ia bergantung kepada sistem pensijilan halal dikendalikan Pemegang Amanah Diperbadankan Dana Komuniti Islam Hong Kong, tetapi ia sering dituduh terlalu ketat untuk meluluskan permohonan. 

Malaysia adalah destinasi pertama delegasi dari Hong Kong itu, yang turut melawat parlimen, pihak berkuasa pelancongan dan dewan perniagaan, sebelum dijadualkan ke Indonesia dan Singapura. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *