Connect with us

Terkini

PRU15: Anwar janji halang keluarga terlibat projek kerajaan jika jadi Perdana Menteri

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau akan melarang keluarga terdekatnya daripada terlibat dalam mana-mana projek kerajaan, demikian lapor NST.

Wartawan TMT

Published

on

PRU15: Anwar janji halang keluarga terlibat projek kerajaan jika jadi Perdana Menteri
Foto: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar Ibrahim juga berjanji akan menurunkan gaji dan elaun mereka berjawatan tertinggi serta menteri-menteri.
  • “Anak-anak saya, isteri saya (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), keluarga terdekat saya, tidak akan dibenarkan menyentuh projek kerajaan, ia akan dilarang. Semasa saya menjadi menteri kewangan, saya tidak pernah mendapat apa-apa tanah, saham atau konsesi pembalakan, berikutan itu saya berani berkata sedemikian.” – Pengerusi PH dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar juga berjanji akan kurangkan bilangan menteri.
  • “Sila ingat bahawa ini bukan tentang Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, ini untuk memastikan masa depan lebih baik golongan berpendapatan rendah, mereka yang menderita secara senyap, begitu juga dengan nelayan”.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau akan melarang keluarga terdekatnya daripada terlibat dalam mana-mana projek kerajaan, demikian lapor NST.

Presiden PKR itu berkata, jika menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan menurunkan gaji dan elaun bagi mereka berjawatan tertinggi serta menteri.

“Katakanlah pada 20 Nov ini saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya tidak akan terlalu gembira dan meraikannya. Perintah pertama bagi saya ialah supaya rakyat melihat gaji Perdana Menteri dan menteri-menteri dikurangkan.

“Anak-anak saya, isteri saya (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), keluarga terdekat saya, tidak akan dibenarkan menyentuh projek kerajaan, ia akan dilarang. Semasa saya menjadi menteri kewangan, saya tidak pernah mendapat apa-apa tanah, saham atau konsesi pembalakan, berikutan itu saya berani berkata sedemikian,” katanya ketika sesi ramah mesra di perkampungan nelayan Lereh di Melaka.

Anwar berkata sekiranya rakyat memberi mandat kepada PH untuk membentuk kerajaan akan datang, beliau juga akan mengurangkan bilangan menteri.

“Sila ingat bahawa ini bukan tentang Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, ini untuk memastikan masa depan lebih baik untuk golongan berpendapatan rendah, mereka yang menderita secara senyap, begitu juga dengan nelayan.

“Jika Perdana Menteri dan kerajaan ditukar tetapi sikap itu kekal, maka tidak ada keperluan untuk menukar kerajaan. Jika ada pertukaran Perdana Menteri, apa nelayan dapat?” katanya.

Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengumumkan Anwar adalah calon Perdana Menteri PH jika gabungan itu menang pilihan raya umum pada 19 November depan.

Sumber : NST

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending