Connect with us

Terkini

Muda enggan ulas kemungkinan Syed Saddiq dilantik ke kabinet

Ketika tumpuan terarah kepada pembentukan kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pemimpin Muda enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kemungkinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dilantik menyertai anggota kabinet. 

Wartawan TMT

Published

on

Muda enggan ulas kemungkinan Syed Saddiq dilantik ke kabinet
Foto: Syed Saddiq
  • Pemimpin Muda enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kemungkinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dilantik menyertai anggota kabinet. 
  • Pengasas bersama Muda, Lim Wei Jiet yang dihubungi berkata dia tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika ini. 
  • Syed Saddiq kini menghadapi empat pertuduhan berkaitan penyelewengan RM1.12 juta dana Bersatu. 
  • Ini menimbulkan persoalan sama ada dia boleh diterima sebagai anggota kabinet – seperti mana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, dan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin – yang kini berdepan perbicaraan di mahkamah.

Ketika tumpuan terarah kepada pembentukan kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pemimpin Muda enggan memberi sebarang kenyataan berhubung kemungkinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dilantik menyertai anggota kabinet. 

Malaysiakini cuba menghubungi Ahli Parlimen Muar itu dan kepimpinan tertinggi parti terbabit bagi mendapatkan maklum balas mengenainya, namun tiada sebarang respons setakat ini.

Pengasas bersama Muda, Lim Wei Jiet yang dihubungi berkata dia tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu ketika ini. 

“…Sebaik-baiknya kita tunggu pengumuman Anwar Ibrahim mengenai perkara ini,” katanya ringkas.

Syed Saddiq sebelum ini dilantik bagi menerajui Kementerian Belia dan Sukan di bawah pentadbiran kerajaan PH. 

Dia juga menjadi satu-satunya ahli politik termuda yang memenangi kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 lalu. 

Bagaimanapun, ahli parlimen Muar itu kini menghadapi empat pertuduhan berkaitan penyelewengan RM1.12 juta dana Bersatu. 

Ini menimbulkan persoalan sama ada dia boleh diterima sebagai anggota kabinet – seperti Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, dan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin – yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan mengambil kira pandangan semua pihak mengenai pelantikan anggota kabinet selain menyatakan perkara itu masih dibincangkan.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) dan pemimpin politik seperti Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim serta bekas menteri, Rafidah Aziz membantah sekeras-kerasnya penyertaan individu yang mempunyai kes mahkamah ke dalam kabinet. 

Pada masa sama, Bendahari Pemuda Umno, Johari Yazid dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyatakan sokongan terbuka agar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dinamakan sebagai timbalan perdana menteri. 

Anwar sebelum ini berkata PH telah menyatakan pendiriannya menolak ahli parlimen yang disabitkan bersalah untuk menganggotai kabinet tetapi perbincangan lanjut perlu diadakan dengan sekutu baru dalam kerajaan.

Sumber: Malaysiakini 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending