Connect with us

Terkini

Manifesto PN realistik, tidak membawa negara ambang bankrap – Muhyiddin

Manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bersifat realistik dan diyakini tidak akan membawa Malaysia ke ambang bankrap, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Wartawan TMT

Published

on

Manifesto PN realistik, tidak membawa negara ambang bankrap - Muhyiddin
Foto: Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
  • Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto PN bersifat realistik, mengambil kira kemampuan kewangan negara dan diyakini tidak akan membawa Malaysia ke ambang bankrap sekiranya menang PRU15.
  • “Kami realistik kalau nak bagi, kira berapa banyak wang yang kerajaan ada. Kita tahu keadaan kerajaan sekarang ini, hasil negara tidak meningkat dan bertambah,” kata Muhyiddin.
  • Tambahnya, keuntungan syarikat tidak menjamin memberikan pulangan cukai kepada kerajaan.
  • “Kalau nak menawarkan sesuatu mesti realistik,” katanya ketika melakukan tinjauan mesra dan sembang santai bersama masyarakat Jitra.

JITRA – Manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bersifat realistik dan diyakini tidak akan membawa Malaysia ke ambang bankrap, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata PN mengambil kira kemampuan negara dalam penyediaan manifesto berkenaan supaya tawaran kepada rakyat sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya itu nanti tidak menjejaskan kewangan negara. 

“Kami realistik kalau nak bagi, kira berapa peruntukan diperlukan, berapa banyak wang yang kerajaan ada. Kita tahu keadaan kerajaan sekarang ini, sebelum ini pun tidaklah begitu kukuh kewangannya, kita dah tahu menghadapi masalah pandemik, hasil negara tidak meningkat dan bertambah. 

“Keuntungan syarikat tidak ada untuk memberikan kita pulangan daripada cukai, kita tahu realiti ini. Kalau nak menawarkan sesuatu mesti realistik,” katanya. 

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan sembang santai bersama masyarakat Jitra yang turut disertai calon PN di Parlimen Kubang Pasu Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail, di Medan Selera PJ2 di sini hari ini. 

Pada 6 Nov lepas, PN melancarkan manifesto PRU15 yang bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang’ atau PN BEST yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan serta 234 tawaran dan tunjang pertama itu ialah membina ekonomi masa hadapan.

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending