Terkini
Lando antara lima calon, cuba rampas kerusi Noh Omar di Tanjong Karang
Kerusi Parlimen Tanjong Karang menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Lima calon yang bertanding ialah Azlan Sani Zawawi (PEJUANG), Mohd Rosni Mastol (BEBAS), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN), Siti Rahayu Baharin (PH) dan Datuk Habibah Mohd Yusof (BN).

- Lima calon bertanding ialah Azlan Sani Zawawi (PEJUANG), Mohd Rosni Mastol (BEBAS), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN), Siti Rahayu Baharin (PH) dan Datuk Habibah Mohd Yusof (BN).
- Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Tanjong Karang, Mohd Raiz Radzuan membuat pengumuman rasmi calon pada jam 10.45 pagi di perkarangan Dewan Dato Hormat, di sini, hari ini.
- Sebelum ini, kerusi Parlimen Tanjong Karang disandang Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar namun tidak terpilih sebagai calon dalam PRU-15.
- Untuk rekod, Noh berjaya pertahankan kerusi Parlimen itu selama enam penggal sejak 1995.
TANJONG KARANG – Kerusi Parlimen Tanjong Karang menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Lima calon yang bertanding ialah Azlan Sani Zawawi (PEJUANG), Mohd Rosni Mastol (BEBAS), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN), Siti Rahayu Baharin (PH) dan Datuk Habibah Mohd Yusof (BN).
Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Tanjong Karang, Mohd Raiz Radzuan membuat pengumuman rasmi calon pada jam 10.45 pagi di perkarangan Dewan Dato Hormat, di sini, hari ini.
Sebelum ini, kerusi Parlimen Tanjong Karang disandang oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar namun tidak terpilih sebagai calon dalam PRU-15.
Calon yang dipilih pada PRU kali ini adalah Habibah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Bagaimanapun, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada terus berjuang menyokong BN.
Untuk rekod, Noh berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu selama enam penggal sejak 1995.
Pada PRU-14 lalu, Noh memperoleh majoriti 1,970 undi selepas menewaskan Zulkafperi dan calon PAS (Nor Az Azlan Ahmad).
Statistik terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan seramai 62,194 pengundi akan menentukan wakil rakyat kerusi Parlimen itu.
Sumber : Berita Harian
