Connect with us

Terkini

‘Ketuanan Malaysia’ bukan ‘Ketuanan Melayu’ – Lim Kit Siang

Malaysia memerlukan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ dan bukannya ‘Ketuanan Melayu’ jika hendak menjadi negara majmuk hebat bertaraf dunia, kata Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Ketuanan Malaysia’ bukan ‘Ketuanan Melayu’ - Lim Kit Siang
Foto: Lim Kit Siang.
  • Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata, Malaysia memerlukan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ dan bukannya ‘Ketuanan Melayu’ jika hendak menjadi negara majmuk hebat bertaraf dunia.
  • Katanya, dasar Ketuanan Melayu merupakan helah UMNO untuk mengayakan diri secara melampau dan membiarkan masyarakat Melayu serta Bumiputera yang lain terus ketinggalan miskin.
  • “Dasar ini juga bertentangan dengan prinsip asas pembinaan negara Malaysia, di mana setiap rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, adalah sama-sama rakyat Malaysia, bahawa tidak ada beza rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga.
  • Menurut Kit Siang, Anwar adalah calon perdana menteri paling komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia dengan melaksanakan dasar ‘Ketuanan Malaysia’.

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ dan bukannya ‘Ketuanan Melayu’ jika hendak menjadi negara majmuk hebat bertaraf dunia, kata Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, dasar Ketuanan Melayu merupakan helah UMNO untuk mengayakan diri secara melampau dan membiarkan masyarakat Melayu serta Bumiputera yang lain terus ketinggalan miskin.

“Dasar ini juga bertentangan dengan prinsip asas pembinaan negara Malaysia, di mana setiap rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, adalah sama-sama rakyat Malaysia, bahawa tidak ada beza rakyat kelas pertama, kelas kedua, atau kelas ketiga.

“Pilihan Raya Umum ke-15 di Malaysia sedikit sebanyak sudah mengambil ciri-ciri pilihan raya presiden seperti di Amerika Syarikat, kerana rakyat Malaysia kini akan memilih siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

“Daripada empat orang calon Perdana Menteri, hanya Anwar Ibrahim sahaja yang komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia dengan melaksanakan dasar ‘Ketuanan Malaysia’ dan bukannya ‘Ketuanan Melayu’,” katanya seperti dipetik melalui perkongsian blog beliau.

Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan zaman Kesultanan Melayu sebagai titik permulaannya.

Sejak dahulu lagi, kepulauan Melayu telah wujud berabad-abad yang membentuk ‘Ketuanan Melayu’.

Malah, turut dikenali kuasa-kuasa luar seperti Arab, India, China dan Parsi, termasuk Barat sekali.

Sambung Kit Siang, calon-calon Perdana Menteri ke-10 yang lain, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, semua menyebabkan kemerosotan Malaysia.

“Dari salah satu negara terbaik di dunia kepada negara yang kini biasa-biasa sahaja, dengan politik, ekonomi, pendidikan, dan pelbagai dasar-dasar pembinaan negara terus menjadi semakin teruk. 

“Apa yang lebih buruk lagi, kita telah menjadi bahan jenaka dunia kerana skandal kewangan 1MDB dan akan menjadi bahan ketawa yang lebih buruk lagi sekiranya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan bebas dari Penjara Kajang tanpa menjalani hukuman penjara 12 tahun dan membayar denda RM210 jutanya,” katanya.

Sumber: Blog Lim Kit Siang

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *