Connect with us

Terkini

Elak risiko kebakaran, JBPM periksa premis percetakan kertas undi

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mula menjalankan pemeriksaan di premis-premis Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang mengendalikan proses mencetak kertas undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan ia selamat terutama dari aspek kebakaran.

Wartawan TMT

Published

on

Elak risiko kebakaran, JBPM periksa premis percetakan kertas undi
Foto: Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
  • Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mula menjalankan pemeriksaan di premis-premis Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang mengendalikan proses mencetak kertas undi PRU15.
  • “Bagi memastikan kertas-kertas undi dicetak disimpan ditempat yang selamat dan bebas daripada sebarang risiko seperti kebakaran,” kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid
  • SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov ini.
  • Semua pegawai dan anggota bomba dalam tahap siap sedia yang tinggi dalam tempoh seminggu selepas keputusan PRU15 diumumkan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

GEORGE TOWN, 1 Nov (Bernama) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mula menjalankan pemeriksaan di premis-premis Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang mengendalikan proses mencetak kertas undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan ia selamat terutama dari aspek kebakaran.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pemeriksaan telah dijalankan di beberapa premis di Kuala Lumpur dan seterusnya ia turut melibatkan pemeriksaan di premis agensi tersebut di negeri-negeri lain sehingga sebelum hari pengundian PRU15 pada 19 Nov nanti.

“Apabila diumumkan PRU15 akan berlaku, satu obligasi pihak bomba ialah menjalinkan kolaborasi dengan pusat percetakan yang dilantik iaitu PNMB, iaitu pihak tersebut mencetak kertas undi dan JBPM berperanan memeriksa premis tersebut bagi memastikan premis tersebut bebas daripada risiko kebakaran.

“Pemeriksaan keselamatan kebakaran ini juga dijalankan untuk memastikan kertas-kertas undi yang dicetak disimpan ditempat yang selamat dan bebas daripada sebarang risiko, kami dah mulakan pemeriksaan di premis di Kulau Lumpur minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan 2021) Peringkat Zon Utara di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 Nov dengan penamaan calon pada 5 Nov, manakala pengundian awal pada 15 Nov ini.

Mohammad Hamdan berkata pegawai dan anggota bomba di seluruh negara juga diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di premis-premis mencetak kertas undi ini dan dalam masa sama menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi-lokasi yang telah diwartakan sebagai pusat pengundian PRU15 kerana pihaknya tidak mahu berlaku sebarang risiko.

“Kami tidak mahu apabila kertas-kertas undi ini dicetak, kemudian berlaku pula kebakaran, jika ini berlaku ia akan merencatkan penghasilan kertas undi dan kami juga akan menjalankan pemeriksaan di tempat pengiraan undi bagi mengelak berlakunya sebarang risiko berkaitan kebakaran atau sebagainya yang boleh membahayakan petugas ketika mengira undi,” katanya.

Katanya semua pegawai dan anggota bomba juga diletakkan dalam tahap siap sedia yang tinggi dalam tempoh seminggu selepas keputusan PRU15 diumumkan bagi memastikan keselamatan semua pihak. 

“Ketika tempoh ini, pihak bomba akan berada pada mode siap sedia yang tinggi dan selalunya kita bergerak bersama-sama dengan pihak polis. Sebab itu, cuti seramai 12,500 anggota bomba di peringkat operasi juga telah dibekukan sehingga 30 Nov ini sebagai persediaan menghadapi PRU15 termasuk persediaan berdepan dengan banjir,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending