Connect with us

Terkini

DAP, TMJ, Najib Razak, dan Firdaus Wong antara individu dipantau CIJ ekoran ucapan ‘benci’

Beberapa barisan parti politik, ahli politik, syarikat media dan tokoh berpengaruh seperti DAP, PKR, TMJ, Najib Razak, dan Firdaus Wong akan berada dalam pemantauan Centre for Independent Journalism (CIJ) dibawah projek “Katakan Tidak pada Ucapan Benci”.

Wartawan TMT

Published

on

DAP, TMJ, Najib Razak, dan Firdaus Wong antara individu dipantau CIJ ekoran ucapan ‘benci’
  • Centre for Independent Journalism (CIJ) akan menjalankan projek pemantauan ucapan benci bagi PRU15, selain melancarkan portal “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” untuk kegunaan awam sewaktu Malaysia sedang bersiap sedia pilihan raya.
  • Memetik akaun Facebook Sister In Islam,projek itu dijalankan kerana CIJ dan rakan kerjasama mereka jangkakan ucapan benci dan penyebaran maklumat palsu akan semakin berleluasa, terutamanya dalam media sosial sewaktu PRU15 nanti. 
  • Projek tersebut punyai dua komponen iaitu pemantauan dan respon balas pantas.
  • 96 akaun media sosial dari Facebook, Twitter, Youtube dan TikTok akan berada dibawah pemantauan mereka.
  • “Akaun-akaun ini termasuk dikendalikan UMNO, PKR, MUDA, DAP, mantan perdana menteri Najib Razak, perdana menteri sementara Ismail Sabri, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
  • “Kita juga akan memantau akaun media sosial dimiliki pihak media dan tokoh-tokoh berpengaruh dalam masyarakat seperti Berita Harian, Sin Chew Daily, The Star, Malaysiakini, Tengku mahkota Johor, dan agamawan popular Firdaus Wong.”
  • Menurut mereka, ahli politik dan beberapa tokoh individu selalu guna ekspresi dan retorik mengapi-apikan untuk mengawal naratif dan mempengaruhi pandangan awam tentang isu-isu bangsa, agama, kerabat diraja, gender dan LGBTIQ, serta pelarian dan pendatang asing.

KUALA LUMPUR – Beberapa barisan parti politik, ahli politik, syarikat media dan tokoh berpengaruh seperti DAP, PKR, TMJ, Najib Razak, dan Firdaus Wong akan berada dalam pemantauan Centre for Independent Journalism (CIJ) dibawah projek “Katakan Tidak pada Ucapan Benci”.

CIJ  akan menjalankan projek pemantauan ucapan benci bagi PRU15, selain melancarkan portal “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” untuk kegunaan awam sewaktu Malaysia sedang bersiap sedia pilihan raya.

Memetik daripada akaun Facebook Sister In Islam, dikatakan projek itu dijalankan kerana CIJ dan rakan kerjasama mereka menjangkakan ucapan benci dan penyebaran maklumat palsu akan semakin berleluasa, terutamanya dalam media sosial sewaktu PRU15 nanti. 

Malah dikatakan, kegiatan sama terjadi pada pilihan raya sebelumnya, termasuk juga keadaan lain yang berpotensi menyebabkan ketidakstabilan dan mengancam pihak berkuasa seperti tempoh selepas Langkah Sheraton, serta sewaktu wabak COVID-19 berlangsung. 

Projek tersebut akan mempunyai dua komponen iaitu pemantauan dan respon balas pantas. Komponen pemantauan itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan University of Nottingham Malaysia.

Susulan itu, 96 akaun media sosial dari empat platform, iaitu Facebook, Twitter, Youtube dan TikTok akan berada dibawah pemantaun mereka.

“Akaun-akaun ini termasuklah dikendalikan parti-parti dan orang politik dari UMNO, PKR, MUDA, DAP, mantan perdana menteri Najib Razak, perdana menteri sementara Ismail Sabri, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Kita juga akan memantau akaun media sosial dimiliki pihak media dan tokoh-tokoh berpengaruh dalam masyarakat seperti Berita Harian, Sin Chew Daily, The Star, Malaysiakini, Tengku mahkota Johor, dan agamawan popular Firdaus Wong,” katanya pada Jumaat.

Malah, corak Perilaku Palsu Terancang (Coordinated Inauthentic Behaviours, CIB) seperti bot dan lasykar siber turut akan dipantau. 

Menurut mereka, ahli politik dan beberapa tokoh individu selalu menggunakan ekspresi dan retorik mengapi-apikan untuk mengawal naratif dan mempengaruhi pandangan awam tentang isu-isu bangsa, agama, kerabat diraja, gender dan LGBTIQ, serta pelarian dan pendatang asing. 

Katanya, mereka berbuat demikian untuk kepentingan politik masing-masing dan bukan membudayakan demokrasi.

Sementara, Komponen Respons Balas Pantas mengandungi sistem amaran yang dibentuk berdasarkan data pemantauan, serta boleh mengenal pasti perucapan tertentu yang memerlukan respons atau tindakan dengan segera.

Ia melibatkan kerjasama antara CIJ dengan Pusat Komas, Sisters in Islam (SIS), Architects of Diversity (AOD), Beyond Borders, Asylum Access, Sahabat Wanita, Tenaganita, North South Initiative (NSI), dan Justice for Sisters. 

Dalam hantaran sama, SIS turut mengatakan bahawa pelancaran laman mikro “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” akan menyaksikan di mana laman tersebut akan menyediakan data yang dikutip dari pemantauan harian untuk dinilai dan dianalisa oleh orang awam. 

Portal tersebut membekalkan pihak media dan masyarakat awam dengan sumber-sumber yang penting selain, sesiapa sahaja boleh melaporkan ucapan benci melalui laman mikro itu.

Facebook : Facebook Sisters In Islam

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending