Connect with us

Terkini

Calon PN di Sungai Buloh akui dirinya “orang kecil” berbanding KJ

Calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Mohd Ghazali Md Hamin mengakui lawannya, terutama Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau “KJ” dari Barisan Nasional (BN) adalah calon yang disegani.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

Calon PN di Sungai Buloh akui dirinya "orang kecil" berbanding KJ
Foto: Calon PN di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Mohd Ghazali Md Hamin.
  • Calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Mohd Ghazali Md Hamin mengakui lawannya, terutama Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau “KJ” dari Barisan Nasional (BN) adalah calon yang disegani.
  • Bagaimanapun, Mohd Ghazali berkata beliau sudah bersiap sedia dengan jentera untuk berentap dengan Menteri Kesihatan itu termasuk calon-calon lain.
  • Dari sudut lokaliti, Mohd Ghazali menyifatkan KJ sebagai ‘underdog’ berbanding dirinya ‘dekat di hati’ rakyat dan lebih memahami permasalahan masyarakat di Sungai Buloh.
  • Selain KJ, beliau akan bertanding dengan Datuk R. Ramanan (PH-PKR), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff serta Nurhaslinda Basri.

SUNGAI BULOH – Calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Mohd Ghazali Md Hamin mengakui lawannya, terutama Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau “KJ” dari Barisan Nasional (BN) adalah calon yang disegani.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali berkata beliau sudah bersiap sedia dengan jentera untuk berentap dengan Menteri Kesihatan itu termasuk calon-calon lain.

“Saya akui, pesaing saya adalah orang besar, menteri, saya ini orang kecil sahaja, pertama kali pun bertanding.

“Tetapi insya-ALLAH kami akan berusaha sehabis mungkin untuk memenangkan PN di P107 Sungai Buloh.

“Saya adalah orang tempatan dan tinggal di Kota Damansara. Undilah Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Kampung Melayu Batu 13, Sungai Buloh semalam.

Selain Mohd Ghazali, enam calon lain bertanding di Parlimen Sungai Buloh ialah Khairy Jamaluddin (BN-UMNO), Datuk R. Ramanan (PH-PKR), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff serta Nurhaslinda Basri.

“Manifesto dalam satu ke dua hari ini akan keluar daripada pusat. Kami bergerak (hari ini) hanya untuk rakyat tempatan sahaja dulu,” kata Mohd Ghazali.

Dari sudut lokaliti, Mohd Ghazali menyifatkan KJ sebagai ‘underdog’ berbanding dirinya ‘dekat di hati’ rakyat dan lebih memahami permasalahan masyarakat di Sungai Buloh.

Mohd Ghazali adalah Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Sungai Buloh.

Beliau juga turut aktif dalam aktiviti sosial selaku ahli jawatankuasa Masjid Kota Damansara, Pengerusi NGO Pertubuhan Dapur Rakyat Subang, Pengerusi Khairat Kematian As-Sahabah dan Pengerusi Persatuan Penduduk Berangakai KD78. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending