Connect with us

Terkini

Calon Pejuang gagal hadir, Shahidan berdepan dua pencabar di Arau

Parlimen Arau menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Razak Abdul Khalek tidak hadir sehingga tempoh penamaan calon tamat.

Wartawan TMT

Published

on

Calon Pejuang gagal hadir, Shahidan berdepan dua pencabar di Arau
Foto: Shahidan (kiri) bersama pesaingnya Rozabil (kanan) dan Fathin Amelina mencabut nombor giliran di Pusat Penamaan Calon, sumber Bernama.
  • Parlimen Arau menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU15 selepas calon Parti Pejuang, Abdul Razak Abdul Khalek tidak hadir sehingga tempoh penamaan calon tamat.
  • Shahidan penyandang kerusi selama empat penggal atas kapasiti BN akan ditentang Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie (PH).
  • Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan di pusat penamaan calon Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Sabtu.

ARAU – Parlimen Arau menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Razak Abdul Khalek tidak hadir sehingga tempoh penamaan calon tamat.

Datuk Seri Shahidan Kassim yang disahkan pencalonannya mewakili Perikatan Nasional (PN) berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Shahidan yang merupakan penyandang kerusi selama empat penggal atas kapasiti BN akan ditentang oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan Fathin Amelina Fazlie (PH).

Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan di pusat penamaan calon Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan pencalonan lima wakil parti dan seorang calon Bebas.

Penyandang kerusi DUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dari BN akan ditentang Razali Saad (PN), Amran Darus (PH), Wan Noralhakim Shaghir Saad (Parti Warisan), Izhar Kamarudin Sudin (Pejuang) dan calon Bebas, Ammar Hassan.

Kerusi DUN Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji dan Sanglang pula menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending