Connect with us

Terkini

Calon ‘heavyweight’ bersaing di Titiwangsa

Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Wartawan TMT

Published

on

Calon 'heavyweight’ bersaing di Titiwangsa
  • Mereka adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili BN; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad (PH); Pengerusi Perhubungan PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Rosni Adam (PN).
  • Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Kerusi itu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara dua calon ‘heavyweight’, seorang ahli politik kontroversi serta seorang calon tunggal wanita.

Mereka adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili BN; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad (PH); Pengerusi Perhubungan PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Rosni Adam (PN).

Sumber : Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending