Connect with us

Terkini

Zahid Hamidi tidak bertanding PRU-15?

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Wartawan TMT

Published

on

Zahid Hamidi tidak bertanding PRU-15
Foto: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ‘dikhabarkan’ tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk, kerusi yang disandangnya sebelum ini. 
  • Difahamkan tempat beliau akan diganti oleh anaknya, Nurulhidayah atau orang kanan beliau. 
  • Presiden UMNO itu membuat keputusan tersebut sebagai satu pengorbanan agar nama dan isu menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan PRU-15.

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘dikhabarkan’ tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu pada PRU15.

Sinar Harian difahamkan tempat beliau berkemungkinan akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurulhidayah atau pun orang kanan beliau sendiri.

Pemimpin berusia 69 tahun itu membuat keputusan besar tersebut sebagai satu pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan dalam PRU15 yang telah pun ditetapkan pada 19 November ini oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO-UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) ditakdirkan menang.

Pada 23 September lalu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung projek VLN pada Jun 2019.

Bagaimanapun, beliau masih berdepan dengan 47 pertuduhan lagi dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes dakwaan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 dan beliau merupakan anak sulung daripada sembilan beradik.

Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri mulai 29 Julai 2015 sehingga 2018 di dalam kerajaan BN selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.

Di awal kerjaya politiknya, Zahid merupakan Setiausaha Politik kepada Najib, Senator Dewan Negara dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum menjadi ketua sayap Pemuda UMNO.

Selepas BN mengalami kekalahan buat pertama kali dalam PRU14 dan tidak lagi menjadi kerajaan Persekutuan, Ahmad Zahid mengambilalih kepimpinan dalam UMNO dan BN iaitu selepas Najib melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.

Namun pada 18 Disember 2018, beliau membuat keputusan untuk bercuti daripada jawatan tersebut dan hanya kembali semula menerajui UMNO enam bulan selepas itu.

Dibawah kepimpinan beliau, BN telah berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil yang diadakan dan yang terbaharu ialah pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor yang menyaksikan kemenangan besar BN.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending