Connect with us

Terkini

Usah pilih pemimpin sesat – Presiden PAS

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi supaya jangan sesekali memilih pemimpin daripada golongan yang salah dan sesat.

Wartawan TMT

Published

on

Usah pilih pemimpin sesat - Presiden PAS
Foto: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi untuk tidak memilih pemimpin sesat. 
  • Menjadi tanggungjawab pengundi untuk pilih pemimpin yang benar
  • Mengundi pemimpin yang salah akan mendatangkan masalah di dunia dan akhirat.
  • Lantik pemimpin yang berkuasa atau wakil yang akan menjalankan tugas kerajaan dengan amanah  melalui pilihan raya.

SHAH ALAM – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi supaya jangan sesekali memilih pemimpin daripada golongan yang salah dan sesat.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengundi untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin yang betul dan benar.

“Bahkan, janganlah sekali-kali tidak keluar mengundi sehingga memberikan kemenangan kepada pihak yang salah.

“Mereka yang tidak menolong pihak yang benar, akibatnya akan menimpa ke atas seluruh manusia di dunia dan di akhirat,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya pada Rabu.

Jelas Abdul Hadi, dalam amalan demokrasi moden, rakyat diberikan peluang untuk menentukan kepimpinan negara melalui saluran pilihan raya bagi memilih pemimpin yang akan menentukan dasar serta amalan kerajaan.

Tambahnya, jika boleh hendaklah melantik pemimpin yang berkuasa atau wakil yang akan bercakap serta terakhir menyatakan perasaan hati sama ada bersetuju atau tidak terhadap apa yang berlaku.

“Maka, mereka yang tidak mengundi juga terlibat bagi memenangkan atau mengalahkan, bersetuju atau tidak bersetuju. Dengan kekurangan undinya adalah menentukan pendiriannya.

“Mereka juga terlibat dalam menentukan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka, sama ada benar atau salah. Jika mereka berdiam diri terhadap perkara yang benar, maka hukumnya adalah berdosa dan jika berdiam diri dalam perkara yang salah juga adalah berdosa,” katanya.

Tegasnya, al-Quran ialah petunjuk sepanjang zaman daripada ALLAH SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Kitab itu katanya, menjadi petunjuk dalam semua perkara, termasuklah dalam memilih pemimpin negara yang akan turut dihisab pada hari akhirat kelak.

Beliau turut memetik sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abi Ya‘la yang berbunyi ‘Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada imam (pemimpin), nescaya matinya dalam keadaan jahiliah’.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending