Connect with us

Terkini

Undi awal atau undi pos buat mahasiswa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mempertimbangkan kelayakan undi awal atau undi pos kepada mahasiswa yang sedang menuntut di universiti bagi memberikan hak serta peluang kepada mereka untuk memilih pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Undi awal atau undi pos buat mahasiswa
Foto: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
  • SPR mengusahakan untuk memberi peluang kepada undi awal terhadap mahasiswa.
  • Susulan pelaksanaan pengundi berusia muda secara automatik pada disember tahun lalu.
  • “Jadi kumpulan ini perlu diberikan kelonggaran membuang undi awal atau undi pos supaya hak mereka sebagai pemilih tidak terabai,”- Bung Moktar.
  • Cadangan ini bagi memudahkan urusan pengundi baharu melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat.

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mempertimbangkan kelayakan undi awal atau undi pos kepada mahasiswa yang sedang menuntut di universiti bagi memberikan hak serta peluang kepada mereka untuk memilih pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebagaimana yang sudah diluluskan oleh Dewan Negara bahawa pengundi muda berusia 18 tahun dibenarkan mengundi melalui pendaftaran secara automatik berkuatkuasa pada 15 Disember tahun lalu.

Menurutnya, hak mereka sebagai pengundi muda dan pemilih berdaftar tidak boleh dipinggirkan.

“Jadi kumpulan ini perlu diberikan kelonggaran membuang undi awal atau undi pos supaya hak mereka sebagai pemilih tidak terabai,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Azman Mastar di kediamanya di Luyang pada Khamis.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, pelajar di universiti sudah tentu mengalami kekangan untuk keluar mengundi kerana tinggal jauh dari tempat kelahiran dan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk balik ke kawasan masing-masing sama ada dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah serta daerah lain.

Justeru beliau berkata, pihak SPR perlu memikirkan penyelesaian seperti kategorikan mereka sebagai pengundi awal dengan memberikan ruang untuk menunaikan tanggungjawab tanpa menjejaskan pembelajaran mereka.

Penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan itu turut berkata, pelaksanaan undi pos atau undi awal bagi mahasiswa berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk prosedur dan tatacara memandangkan jumlah pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini mencecah lebih 500,000 orang.

“Ini tanggungjawab SPR untuk memastikan pengundi muda diberikan ruang dan keselesaan untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi menentukan masa depan negara sekali gus menggalakkan peratusan keluar mengundi tinggi,” ujar beliau.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending