Connect with us

Terkini

Tiktok menjadi sasaran kempen PRU15

Aplikasi TikTok dijangka menjadi pelantar pilihan bagi kempen Pilihan Raya Umum (PRU-15) bersama dengan penggunaan aplikasi WhatsApp yang digunakan secara meluas ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Wartawan TMT

Published

on

Tiktok menjadi sasaran kempen PRU15
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Aplikasi Tiktok dijangka menjadi pilihan untuk PRU15.
  • Kedua-dua aplikasi mempunyai capaian meluas yang tidak terbatas umur.
  • Kempen pilihan raya menerusi internet melalui blog dan agensi berita persendirian dianggap sebagai PRU media sosial untuk penyaluran maklumat.
  • Parti politik dan ahli politik harus bergerak seiring dengan budaya  jika tidak mereka ketinggalan dalam soal menyebarkan dasar, bahan kempen serta intipati manifesto masing-masing. – Prof Dr Sara Chinnasamy.

KUALA LUMPUR: Aplikasi TikTok dijangka menjadi pelantar pilihan bagi kempen Pilihan Raya Umum (PRU-15) bersama dengan penggunaan aplikasi WhatsApp yang digunakan secara meluas ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Sara Chinnasamy, berkata kedua-dua aplikasi itu dilihat mempunyai capaian meluas yang tidak terbatas umur.

Katanya, aplikasi seperti Twitter biasanya menjadi pilihan mereka yang berusia bawah 30 tahun, manakala Facebook, antara 30 hingga 60 tahun.

“Kempen pilihan raya menerusi internet sudah pun diadakan di negara kita pada 2008 melalui blog dan agensi berita persendirian, malah pada 2013, ia digelar sebagai pilihan raya media sosial kerana semua pelantar media sosial digunakan untuk penyaluran maklumat.

“Pada 2018, ia menyaksikan ‘Pilihan Raya Facebook’ dan tahun ini, TikTok bakal meraih populariti tanpa batasan umur dan medium yang boleh uar-uarkannya adalah WhatsApp.

“PRU-15 dijangka menjadi pilihan raya ‘TikTok’, apabila media sosial berkonsepkan video pendek dengan penerangan ringkas digunakan secara meluas oleh semua parti politik negara ini,” katanya mengulas kecenderungan pengguna media sosial bagi kempen PRU-15.

Sara berkata, parti politik dan ahli politik harus bergerak seiring dengan budaya sedemikian kerana jika tidak mereka ketinggalan dalam soal menyebarkan dasar, bahan kempen serta intipati manifesto masing-masing.

Katanya, jika ahli politik tidak mempunyai akaun aplikasi itu, mereka akan ketinggalan dalam mencapai sasaran pengundi berusia 18 tahun, pengundi muda dan pengundi atas pagar yang tinggal di kawasan bandar.

Beliau berkata, pengguna aplikasi media sosial itu kini adalah cara terbaik bagi calon PRU untuk menyasarkan kumpulan masing-masing.

Katanya, gelombang TikTok tidak boleh dielakkan berikutan pelantar itu kini meraih populariti tertinggi pada pilihan raya umum (PRU) di Jerman, Colombia, Filipina dan Amerika Syarikat.

“Menjelang pilihan raya pertengahan musim gugur ini, TikTok sedang membentuk inkubator utama bagi maklumat tidak berasas dan mengelirukan, dalam banyak cara yang bermasalah seperti Facebook dan Twitter yang menjejaki kepalsuan dalam talian.

“Kualiti sama yang membolehkan TikTok menyemarakkan aliran viral, jangkauan platform yang besar, panjang pendek videonya, algoritma pengesyoran yang berkuasa tetapi kurang difahami, juga boleh membuat dakwaan yang tidak tepat sukar dibendung,” katanya.

Sara juga menekankan bahawa pilihan raya kali ini mungkin berbeza berbanding PRU yang lain yang mana tugas menyalurkan maklumat tidak boleh dilihat sebagai hanya memuatkan propaganda berunsurkan fitnah, palsu atau mewujudkan kebencian kepada mana-mana pihak.

Malah, katanya, pada hari ini rakyat mempunyai terlalu banyak sumber untuk membuat rujukan mahupun mengambil keputusan untuk mengundi mana-mana pihak.

Sara menekankan propaganda yang sihat dan berhemah berdasarkan fakta dan angka sangat penting dalam menjana persepsi yang baik dalam kalangan pengundi.

“Ini boleh menaikkan tahap kebolehpercayaan pengundi terhadap mana-mana ahli politik dan parti politik. Kemunculan cybertroopers juga tidak ketinggalan dalam isu ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending