Terkini
Tiada bukti Umno menang besar PRU15 – Rafizi Ramli
Sukar bagi Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
- Sukar untuk BN memang pada PRU15 kerana majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya. -Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
- “Malam ini, saya nak cakap di sini, tidak ada bukti yang menyokong Umno menang besar pada PRU ini,” katanya pada kempen “Ayuh Malaysia” malam tadi.
- 63 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan, yang diketuai Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dan 78 peratus rakyat kecewa dengan keadaan ekonomi negara.
- 84 peratus pengundi muda tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi Malaysia serta cara kerajaan mengendalikan masa depan mereka.
PETALING JAYA – Sukar bagi Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Merujuk tinjauan statistik yang dibuat oleh PKR, Rafizi berkata, 63 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan persekutuan, yang diketuai oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.
“Selain itu, 78 peratus rakyat kecewa dengan keadaan ekonomi negara. Malam ini, saya nak cakap di sini, tidak ada bukti yang menyokong Umno menang besar pada PRU ini,” katanya pada kempen “Ayuh Malaysia” malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, undi golongan muda berusia 18 hingga 24 tahun sukar untuk diramalkan.
Katanya, berdasarkan statistik partinya, 84 peratus pengundi muda tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi Malaysia serta cara kerajaan mengendalikan masa depan mereka.
“Ini kerana isu negara tidak berubah. Malah, ia semakin teruk kerana kos sara hidup meningkat,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi berkata, Pakatan Harapan (PH) akan berdepan tugas sukar untuk “memperbaiki” isu yang melanda negara jika gabungan itu menang pada PRU15.
Beliau menegaskan, bekas perdana menteri Najib Razak akan mengurangkan subsidi untuk rakyat apabila beliau menerajui kerajaan.
“Apabila PH menang pada 2018, harga minyak terpaksa distabilkan kerana subsidi mesti menjadi satu mekanisme paling baik untuk kita elakkan wang pergi (masuk) ke dalam poket mereka.
“Najib fikir bijak untuk potong subsidi ketika itu, tetapi lihatlah keadaan sekarang. Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan Ismail tidak berani potong subsidi kerana mereka tahu ia satu kesilapan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, BN gagal menyelesaikan isu melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Akhirnya hutang PTPTN menjadi 40 billion pada 2018. Kami cuba selesaikan isu ini dengan memastikan mereka yang berpendapatan (lebih) RM4,000 perlu bayar (hutang), tetapi mereka yang bekerja dengan gaji tidak setimpal, tidak perlu kena bayar. Kami cari cara lain bayar balik pinjaman itu.
“Bagaimanapun, hutang terkumpul (BN) terlalu banyak. Sebab itu penting untuk undi kerajaan yang boleh mengukuhkan ekonomi (Malaysia),” katanya.
Sumber: Free Malaysia Today
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord