Connect with us

Antarabangsa

Rusia saman Tiktok kerana sebar propaganda LGBTQ+

Pihak berkuasa Rusia mengeluarkan saman tersebut pada Selasa (4 Oktober) kerana melanggar undang-undang propaganda gay, yang melarang promosi kandungan LGBTQ+ kepada golongan bawah 18 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

Rusia saman Tiktok kerana sebar propaganda LGBTQ+
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  •  Saman dikeluarkan pada 4 Oktober 2022 kepada ByteDance, syarikat induk Tiktok di Beijing.
  • Kes berdasarkan tuduhan mempromosikan LGBT, feminism, dan memutarbelitkan representasi nilai heteroseksual.

Pihak berkuasa Rusia mengeluarkan saman tersebut pada Selasa (4 Oktober) kerana melanggar undang-undang propaganda gay, yang melarang promosi kandungan LGBTQ+ kepada golongan bawah 18 tahun.

Menurut Mahkamah Daerah Tagansky Moscow, syarikat induk TikTok di Beijing, ByteDance didenda sekurang-kurangnya 3 juta rubel (RM235,730.71).

Menurut sumber yang dilaporkan Reuters, kes itu berdasarkan tuduhan bahawa syarikat tersebut mempromosikan nilai bukan tradisional, LGBT dan feminisme.

Walaupun belum ada sebarang kenyataan daripada syarikat tersebut berikutan denda itu, Reuters melaporkan bahawa wakil TikTok mendesak agar prosiding mahkamah dibatalkan.

Syarikat itu berisiko menghadapi lebih banyak saman daripada Rusia pada masa hadapan jika video yang memaparkan kandungan bermoral tidak disekat.

Rusia telah menggunakan undang-undang propaganda LGBTQ+ untuk menyekat aktivisme dan media LGBTQ+.

Ia diluluskan pada 11 Jun 2013 dan dikuatkuasal pada 30 Jun selepas dicadangkan oleh Yelena Mizulina, yang berhujah bahawa apa hubungan “tradisional” antara pasangan heteroseksual memerlukan perlindungan di bawah undang-undang Rusia.

Reference: Pink News

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending