Connect with us

Terkini

Rakyat Sabah mahu Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan, bukan tawaran TPM

Rakyat Sabah bukannya mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), kata Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Sabah mahu Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan, bukan tawaran TPM
Foto: Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman.
  • “Kita tolak tawaran itu. Apa dimahukan pelaksanaan sepenuhnya dengan segera Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah dipersetujui sekian lama antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.
  • “Kita tidak mahu lagi dengar siri rundingan menerusi jawatankuasa yang tiada titik penyelesaian dan kita tidak mahu lagi dengar pelbagai alasan seperti tunggu kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan kukuh, barulah MA63 dilaksanakan.”
  • “Kita mahukan hak sama rata, formula adil dan kesaksamaan untuk Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan negara ini dan kita tidak mahu lagi diabaikan serta dianaktirikan sehingga Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari sudut pembangunan dan infrastruktur.”
  • Apa makna Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia jika Perdana Menteri hanya dikhaskan pemimpin di Semenanjung.
  • Kata Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman.

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah bukannya mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), kata Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman.

Penyandang kerusi Parlimen Sepanggar itu berkata, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri pernah ditawarkan jawatan berkenaan ketika pemerintahan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketika kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Namun kita menolak tawaran itu. Apa yang dimahukan ialah pelaksanaan sepenuhnya dengan segera dan tanpa bertangguh lagi, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah dipersetujui sekian lama antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.

“Kita tidak mahu lagi mendengar siri rundingan menerusi jawatankuasa yang tiada titik penyelesaian dan kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan seperti menunggu sehingga kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan kukuh, barulah MA63 dapat dilaksanakan,” katanya bagi mengulas berhubung tawaran TPM mewakili Sabah dan Sarawak yang dikemukakan oleh BN dan PH pada Isnin.

Tambah beliau lagi, kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan tidak akan bertambah baik dengan mengambil kira salah laku dan amalan rasuah, salah guna kuasa dan kronisme yang berleluasa di negara ini.

“Kita mahukan hak sama rata, formula yang adil dan kesaksamaan untuk Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan negara ini dan kita tidak mahu lagi diabaikan serta dianaktirikan sehingga Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari sudut pembangunan dan infrastruktur.

“Adakah dengan mewujudkan jawatan TPM bagi Sabah dan Sarawak bermakna pemimpin dari Sabah dan Sarawak tidak boleh atau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri pada masa hadapan?,” katanya.

Beliau berkata lagi, apa makna Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia jika jawatan Perdana Menteri hanya dikhaskan untuk pemimpin di Semenanjung.

“Apa yang kini dimahukan rakyat Sabah dan Sarawak adalah melaksanakan segera semua perkara yang telah dipersetujui pemimpin lampau ketika pembentukan Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending