Terkini
PRU15: Pilih BN miliki ‘rekod prestasi’ baik – Saarani
Pengundi di Perak digesa supaya membuat pilihan yang bijaksana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kerajaan baharu adalah kuat dan stabil.
- Pengundi di Perak digesa supaya membuat pilihan bijaksana pada PRU15 bagi memastikan kerajaan baharu adalah kuat dan stabil, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
- Pengundi perlu memilih gabungan parti seperti BN kerana mempunyai ‘rekod prestasi‘ yang cukup baik selama memerintah negara.
- Selain kerusi UMNO, BN mempunyai parti MCA dan MIC yang akan mewakili rakyat kaum cina dan India dalam kerajaan negeri.
IPOH, 30 Okt (Bernama) – Pengundi di Perak digesa supaya membuat pilihan yang bijaksana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kerajaan baharu adalah kuat dan stabil.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata pengundi perlu memilih gabungan parti seperti BN kerana mempunyai ‘rekod prestasi‘ yang cukup baik selama memerintah negara ini.
“Selain kerusi UMNO, BN mempunyai parti MCA dan MIC yang akan mewakili rakyat kaum Cina dan India dalam kerajaan negeri,” katanya pada sesi temu bual ekslusif bersama media menjelang PRU15 di Laman Seri Ridzuan di sini malam ini.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Tampan itu berkata pihaknya berhasrat merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dilancarkan pada Jun lepas yang menggarapkan pelan pembangunan jangka masa sederhana dan panjang di peringkat negeri, persekutuan dan antarabangsa.
Menurutnya pelan pembangunan itu yang sebahagiannya sudah mula dilaksanakan termasuk bagi pemulihan ekonomi selepas negara dilanda COVID-19 bukan janji kosong, dan hanya boleh direalisasikan dengan adanya kerajaan yang stabil.
Saarani berkata BN mempunyai strategi tersendiri di Parlimen Tambun yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara penyandang kerusi itu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan nama besar iaitu ketua pembangkang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tambun kawasan besar dan mungkin BN perlu bantuan rakan lain untuk bantu, jadi kita akan sediakan pasukan sokongan itu dan saya percaya kebijaksanaan pengundi-pengundi untuk membuat pilihan. Kita juga akan mendekati golongan pengundi baharu yang akan mengundi pertama kali dengan baik,” katanya.
Mengenai parti DAP yang meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri Changkat Jong dan Parlimen Gerik yang majoritinya pengundi Melayu, Saarani berkata ia bukan perkara baharu malah pernah dilakukan sebelum ini.
Kerajaan Negeri Perak sebelum ini dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu BN, Bersatu dan PAS.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mengandungi 25 ADUN BN, DAP (15), Amanah, (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan bebas (satu).
DUN Perak mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memerlukan sokongan 30 ADUN bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Sumber : Bernama
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia