Connect with us

Terkini

PRU15: Calon BN Perak tandatangani aku janji elak lompat parti

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perak akan menandatangani aku janji sebagai bukti kekal setia kepada parti. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRU15: Calon BN Perak tandatangani aku janji elak lompat parti
Foto: Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
  • Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perak akan menandatangani aku janji sebagai bukti kekal setia kepada parti. 
  • Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia sebagai alternatif kepada enakmen peruntukan larangan ahli Dewan lompat parti yang belum terlaksana bahkan belum sempat dibahas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. 
  • Tindakan itu bagi  memberi jaminan situasi pasca PRU14 tidak berulang, menyaksikan berlaku ketidakstabilan dalam kerajaan apabila terdapat beberapa wakil rakyat bertindak meninggal atau melompat parti. 
  • Ia susulan dari Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 atau Akta A1663 mengenai peruntukan undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti hanya dikuatkuasa dan terpakai kepada Ahli Parlimen, namun tidak kepada ADUN.

IPOH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Perak akan menandatangani aku janji sebagai bukti kekal setia kepada parti. 

Menurut Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ia sebagai alternatif kepada enakmen peruntukan larangan ahli Dewan lompat parti yang belum terlaksana bahkan belum sempat dibahas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. 

“Kita belajar daripada kesilapan pada 2018 (PRU14) yang maka, kali ini akan ada aku janji yang perlu ditandatangani oleh calon yang bertanding supaya tidak sewenangnya mudah buat keputusan untuk melompat. 

“Jadi, siapa nak jadi calon, kena setuju untuk tandatangan. Kalau tak setuju ramai lagi calon nak (dijadikan calon),” katanya pada sesi temu bual ekslusif bersama media menjelang PRU15 di Laman Seri Ridzuan di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jaminan situasi pasca PRU14 tidak berulang yang menyaksikan berlaku ketidakstabilan dalam kerajaan apabila terdapat beberapa wakil rakyat bertindak meninggal atau melompat parti. 

Ia susulan dari Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 atau Akta A1663 mengenai peruntukan undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti hanya dikuatkuasa dan terpakai kepada Ahli Parlimen namun tidak kepada ADUN.

Sementara itu, Saarani mengakui Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15 dapat ‘ditumbangkan’ melalui pakatan antara BN dan Perikatan Nasional (PN). 

Beliau, bagaimanapun menafikan khabar angin mengenai kerjasama berkenaan dengan menegaskan, kerjasama seumpama itu turut pernah cuba dilakukan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor yang lalu atas nama Muafakat Nasional (MN), namun ia akhirnya tidak dapat disempurnakan. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya optimis kemenangan PRU15 akan berpihak kepada BN melalui cara menarik undi pengundi baharu menerusi pendekatan dengan meningkatkan jumlah peratusan golongan itu keluar mengundi. 

Tambahnya, kaji selidik dijalankan pihaknya ketika PRN Johor dan Melaka, mendapati sokongan pengundi baharu kepada BN hanya meliputi tujuh peratus berbanding sembilan peratus sokongan kepada PH, manakala selebihnya iaitu 84 peratus lagi adalah pengundi baharu yang gagal membuat keputusan. 

Ujarnya, justeru BN Perak juga optimis untuk dapat berurusan dengan golongan 84 peratus itu. 

“Ia menunjukkan sesiapa yang dapat ‘deal’ dengan golongan 84 peratus pengundi baharu ini, maka dia akan menang dan saya ambil peluang itu dengan jentera saya yang ketika itu dibawa dari Perak ke PRN terbabit. Bila kita lihat pola pemikiran sebegitu, maka kita pergi cari mereka untuk mendidik dan membimbing mereka supaya mengikuti kita. 

“Ada juga yang dikenal pasti menyokong kita (BN) tetapi tidak mahu keluar mengundi kerana sikap ‘take for granted’ (mengambil mudah) dengan berfikiran tidak perlu keluar mengundi kerana apalah sangat dengan satu undi dari diri sendiri berbanding ramai lagi pengundi lain. 

“Mereka fikir jika hanya diri sendiri tidak keluar mengundi takkan menyebabkan kekalahan sedangkan rupa-rupanya ramai lagi yang berfikiran sebegitu. Jadi saya cukup yakin kalau saya mampu gerakkan jentera untuk bawa keluar pengundi sebegini mengundi maka kemenangan berpihak kepada BN,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author