Connect with us

Terkini

“PH dan PN hanya pantas menuding jari melibatkan kesalahan orang lain,” – peguam

Keengganan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mengupas laporan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (STF) dan cadangan dikemukakan terhadap tuduhan memoir Tan Sri Tommy Thomas, mendapat reaksi berbeza daripada pakar perundangan. 

Wartawan TMT

Published

on

“PH dan PN hanya pantas menuding jari melibatkan kesalahan orang lain,” - peguam
Foto: Tan Sri Tommy Thomas.
  • Keengganan PH dan PN mengupas laporan hasil siasatan STF dan cadangan dikemukakan terhadap tuduhan memoir Tan Sri Tommy Thomas, mendapat reaksi berbeza daripada pakar perundangan.
  • Menurut Peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, dari perspektif undang-undang, tindakan berdiam diri tidak semestinya bermaksud PH dan PN membuktikannya bersalah.
  • Pengamal Undang-Undang, Datuk Hasnal Rezua Merican, pula berkata, keengganan PH dan PN mengulas perkara tersebut adakah bukti manifestasi pilih kasih yang diamalkan oleh kedua-dua parti berkenaan.
  • “PH dan PN hanya pantas menuding jari apabila melibatkan kesalahan orang lain.
  • STF mengkategorikan 19 isu penting dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional; serta kenyataan berbaur hasutan.

KUALA LUMPUR: Keengganan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mengupas laporan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (STF) dan cadangan dikemukakan terhadap tuduhan memoir Tan Sri Tommy Thomas, mendapat reaksi berbeza daripada pakar perundangan. 

Menurut Peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, dari perspektif undang-undang, tindakan berdiam diri tidak semestinya bermaksud PH dan PN membuktikannya bersalah. 

“Wujud kemungkinan, PH dan PN sekadar ingin meneliti rumusan dicapai hasil siasatan STF berkenaan. 

“Rumusan itu adalah tidak wajar memandangkan nukilan dalam memoir Tommy Thomas mungkin pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan pendirian PH dan PN sebagai parti politik. 

“Mungkin lebih wajar untuk kita menunggu reaksi rasmi PH dan PN sebelum membuat suatu rumusan yang pramatang,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Pengamal Undang-Undang, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata, keengganan PH dan PN mengulas perkara tersebut adakah bukti manifestasi pilih kasih yang diamalkan oleh kedua-dua parti berkenaan. 

“PH dan PN hanya pantas menuding jari apabila melibatkan kesalahan orang lain. 

“Bagaimanapun, apabila isu ketelusan pentadbiran keadilan terkait dengan tindakan dan perbuatan PH serta PN, kedua-dua parti ini hanya mengambil sikap berdiam diri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa tindakan berdiam diri PH dan PN menunjukkan seolah-olah dua parti itu bersalah. 

Hasil siasatan STF kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu. 

Berdasarkan siasatan dibuat STF, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional; serta kenyataan berbaur hasutan. 

Antara lain, bekas Peguam Negara itu dikatakan secara nyata mendedahkan maklumat, fakta dan dokumen kerajaan, termasuk komunikasi dan perbincangan antara bekas Peguam Negara itu dan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri serta Ketua Hakim Negara. 

Mengulas lanjut, Hasnal Rezua berkata, isu campur tangan eksekutif di dalam pentadbiran keadilan, pemilihan hakim kanan tanpa mengikuti proses serta tindakan selektif menempatkan kes yang berkepentingan merupakan perbuatan yang jelas tidak berperlembagaan. 

“Malah, ia juga menodai kebebasan sistem kehakiman,” katanya. 

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending