Connect with us

Terkini

Pengundi muda Cina harus kikis prejudis terhadap BN – Nur Jazlan

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan, berkata, masih tidak membuat sebarang keputusan dan kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Pengundi muda Cina harus kikis prejudis terhadap BN - Nur Jazlan
Foto: Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan.
  • Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan, berkata, masih tidak membuat keputusan dan kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada (PRU15).
  • “Saya masih belum yakin bahawa orang muda Cina dapat mengikiskan rasa prejudis atau dipinggirkan dari dasar Barisan Nasional biarpun hakikat sebenarnya mereka mendapat peluang untuk pendidikan dan ekonomi yang melimpah namun akhirnya ditolak dan dikhianati sendiri oleh Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
  • Ujarnya, golongan muda Cina mesti sedar bahawa kewarganegaraan Malaysia akan berharga di usia tua nanti kerana Malaysia merupakan negara yang paling selamat dari segi ekonomi dan politik berbanding negara barat atau jiran kita.

JOHOR – Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan, berkata, masih tidak membuat sebarang keputusan dan kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, mendakwa terdapat permintaan dalam kalangan komuniti perniagaan Cina di Pulai agar beliau membuat kemunculan semula pada PRU15.

“Bagaimanapun, saya tidak yakin golongan pengundi muda Cina akan menyokong saya. 

“Nampak macam bersungguh-sungguh komuniti ahli perniagaan Cina ini mahu buat perubahan pada PRU ke-15 nanti. 

“Saya masih belum yakin bahawa orang muda Cina dapat mengikiskan rasa prejudis dan sikap ‘tak dapat apa-apa’ atau dipinggirkan dari dasar Barisan Nasional biarpun hakikat sebenarnya mereka mendapat peluang untuk pendidikan dan ekonomi yang melimpah namun akhirnya ditolak dan dikhianati sendiri oleh Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Beliau berkata demikian mengulas artikel China Press yang melakukan tinjauan pendapat dalam kalangan pengundi Cina di Pulai yang mahu bekas ahli parlimen Pulai itu bertanding semula. 

Nur Jazlan merupakan ahli parlimen kawasan tersebut sejak dari 2004 sehingga beliau tewas pada PRU14. 

Bapa beliau, Tan Sri Mohamed Rahmat memegang kerusi itu dari penubuhannya pada 1974 hingga 1999.

Dalam kenyataan tersebut, Nur Jazlan, berkata, bahawa golongan muda Cina mesti sedar bahawa kewarganegaraan Malaysia akan berharga di usia tua nanti kerana Malaysia merupakan negara yang paling selamat dari segi ekonomi dan politik berbanding negara barat atau jiran kita. 

“Tanyalah pada mereka yang sebelum ini berhijrah ke luar negara di mana pada akhirnya mereka kembali semula ke negara ini untuk menghabiskan hari-hari tua dan bersemadi dengan aman. 

“Malah, sekiranya kita ambil contoh kes rakyat Malaysia termasuk beberapa orang belia Cina yang jadi mangsa tipu pekerjaan, diseksa dan didera di Kemboja, mereka dibantu dan diselamatkan oleh NGO dengan bantuan kerajaan pimpinan Ismail Sabri. 

“Itu antara ribuan bukti bahawa tiada pilih kasih atau diskriminasi kepada sesiapapun warganegara Malaysia,” katanya. 

Tegas beliau, golongan muda Cina perlu membuang sikap prejudis, rasa dipinggirkan dan buktikan dulu mereka sudah berubah. 

“Ini kerana sepanjang Barisan Nasional memerintah setiap kaum mendapatkan hak mereka berdasarkan perlembagaan. 

“Malah, UMNO sendiri kini sudah beradaptasi dengan kehendak semasa dan tak hanya memperjuangkan nasib orang Melayu saja tapi untuk kaum-kaum lain juga. 

“Sebab itulah kita kena pilih kerajaan yang stabil, kukuh dan mampu menjamin masa depan yang panjang serta untuk hari tua,” katanya.

Satu contoh, sambungnya, penyelamatan belia Cina yang ditipu menjadi buruh paksa di Kemboja juga dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan bantuan pentadbiran Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. 

Justeru, kata beliau, belia Cina mesti menghilangkan perasaan prejudis, atau didiskriminasi, dan membuktikan bahawa mereka telah berubah. 

“Sepanjang pemerintahan Barisan Nasional, semua kaum mempunyai hak mereka berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 

“Malah UMNO sendiri telah menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa dan tidak lagi memperjuangkan orang Melayu semata-mata, tetapi semua kaum. 

“Sebab itu kita mesti memilih kerajaan yang stabil, kukuh, dan mampu memastikan masa depan kita dalam jangka masa panjang, termasuk ketika kita sudah tua,” katanya.

Sumber: Malaysiakini 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending