Connect with us

Terkini

Pengundi Melayu di luar bandar belum sedia mengundi DAP – Phahrolrazi

Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi yang baru dipecat semalam menggesa penyokong PH supaya memberi tekanan kepada kepimpinan gabungan itu agar tidak memberikan kerusi Parlimen Jerai kepada DAP.

Wartawan TMT

Published

on

Pengundi Melayu di luar bandar belum sedia mengundi DAP - Phahrolraz
Foto: Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi.
  • Bekas Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi menggesa penyokong PH memberi tekanan kepada kepimpinan gabungan itu agar tidak memberikan kerusi Parlimen Jerai kepada DAP.
  • Phahrolrazi, bagaimanapun berkata pengundi Melayu di kerusi luar bandar belum bersedia untuk mengundi parti itu.
  • “Dalam konteks Kedah, 75 hingga 80 peratus adalah pengundi Melayu, yang mana majoritinya ada persepsi dan sentimen yang mereka tidak boleh terima DAP.
  • DAP pula akan meletakkan timbalan pengerusi negeri, Zulhazmy Sharif di Jerai. Berdasarkan PRU lalu, 80 peratus pengundi di situ adalah Melayu.
  • Bantahan dan ancaman Amanah Kedah akan memboikot PRU15 jika DAP bertanding di Jerai, membawa kepada pemecatan Phahrolrazi semalam.

Pengerusi Amanah Kedah, Phahrolrazi Mohd Zawawi yang baru dipecat semalam menggesa penyokong PH supaya memberi tekanan kepada kepimpinan gabungan itu agar tidak memberikan kerusi Parlimen Jerai kepada DAP.

Menegaskan dia tidak membenci DAP, Phahrolrazi, bagaimanapun berkata pengundi Melayu di kerusi luar bandar belum bersedia untuk mengundi parti itu. 

Katanya lagi, jika DAP bertanding di Jerai, ia juga akan menjejaskan PH di kerusi lain. 

“Dalam konteks Kedah, 75 hingga 80 peratus adalah pengundi Melayu, yang mana majoritinya ada persepsi dan sentimen yang mereka tidak boleh terima DAP.

“Oleh kerana kita banyak bergantung kepada undi Melayu di Kedah, maka itulah pendirian kita (bahawa DAP tidak sepatutnya bertanding di Jerai),” katanya dipetik Malaysiakini ketika sidang media semalam.

Dia berkata sekiranya ia berlaku, ia akan memburukkan lagi persepsi yang mengatakan Amanah adalah “kuda tunggangan” DAP. 

Amanah menukar kerusi parlimen itu dengan kerusi Alor Gajah – yang akan ditandingi oleh bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari.

DAP pula akan meletakkan timbalan pengerusi negeri, Zulhazmy Sharif di Jerai. Berdasarkan PRU lalu, 80 peratus pengundi di situ adalah Melayu.

Parti itu dalam usaha untuk bertanding di lebih banyak kerusi majoriti Melayu bagi memperbaiki imej anti-Melayu di kalangan pengundi konservatif. 

Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata dia telah menyuarakan bantahan berhubung perkara itu selama hampir sebulan. 

Bantahan itu serta ancaman Amanah Kedah akan memboikot PRU15 jika DAP bertanding di situ membawa kepada pemecatannya semalam. 

Dia juga mendakwa pemimpin Amanah membuat keputusan tanpa mendapatkan pandangan di lapangan. 

Menegaskan DAP adalah antara rakan terbaik dalam gabungan politik, dia berkata realitinya orang Melayu luar bandar di Kedah masih belum bersedia untuk mengundi DAP memandangkan kaum kekal menjadi faktor utama. 

Katanya lagi, BN dan PAS juga akan menggunakan isu tersebut untuk menyerang Amanah dan PKR. 

“Ini akan menjadi senjata PAS dan Umno, bahawa Amanah dan PKR tidak dapat melindungi kepentingan Melayu,” katanya lagi. 

Dengan enam hari berbaki sebelum penamaan calon, Phahrolrazi berkata masih ada masa untuk kepimpinan PH mengubah pandangannya. 

Selagi keputusan itu kekal, dia berkata bahagian Amanah di Kedah yang menyokongnya tidak akan berkempen dalam PRU15.

Sumber: Malaysiakini 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending