Connect with us

Terkini

Najib tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Pekan

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Pekan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan manakala undang-undang menghalang banduan bertanding dalam pilihan raya melainkan selepas memperoleh pengampunan.

Wartawan TMT

Published

on

Najib tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Pekan
  • Najib tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Pekan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
  • Ini kerana banduan dihalang bertanding dalam pilihan raya melainkan memperoleh pengampunan.
  • Najib juga tidak tertakluk kepada tugas dan fungsi keperlembagaan termasuk mengakses pegawai Parlimennya dan menghadiri sidang Dewan Rakyat. – Mahkamah Tinggi.
  • Najib memohon kebenaran mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara tetapi ditolak kerana disokong alasan tidak relevan.

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Pekan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan manakala undang-undang menghalang banduan bertanding dalam pilihan raya melainkan selepas memperoleh pengampunan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini berpendapat, Najib tidak lagi tertakluk kepada tugas dan fungsi keperlembagaan termasuk mengakses pegawai Parlimennya dan menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid berpuas hati, Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu dan telah diwartakan, membawa maksud berakhirnya sidang Dewan Rakyat bagi penggal tersebut.

‘Ini bermakna serta semua wakil rakyat tidak lagi bergelar Ahli Parlimen. Tidak mungkin pemohon (Najib) menjadi Ahli Parlimen kerana undang-undang menghalang seorang banduan bertanding dalam pilihan raya.

“Melainkan pengampunan (melalui Lembaga Pengampunan) diberikan atau sabitan dan hukuman diketepikan melalui permohonan semakan,” jelas beliau.

Hakim Ahmad Kamal menyatakan demikian ketika menolak permohonan Najib untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara Malaysia yang menghalangnya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Mahkamah tidak mengeluarkan perintah terhadap kos.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 19, 20 dan 26 Januari tahun depan untuk mendengar semakan kes berkenaan.

Ketika membacakan alasan penghakimannya, beliau berkata, relif yang dipohon bagi mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman, kini akademik dan wajar ditolak.

Jelasnya, relif agar Najib (pemohon) diberi kebenaran mengakses pegawai Parlimen dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat, bukan lagi isu langsung yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah.

Hakim Ahmad Kamal berpendapat, oleh kerana pemohon bukan lagi bergelar Ahli Parlimen, beliau tidak lagi terlibat dengan persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, selain itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November yang juga membawa maksud pembentukan Kabinet baharu.

Dalam prosiding itu, peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Najib memohon kebenaran mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara pada 28 September lalu yang menolak permohonannya menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 5 Oktober lalu, selain Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara, Najib turut menamakan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pada 19 Oktober lalu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah agar kebenaran semakan kehakiman ditolak kerana tidak disokong oleh alasan yang relevan.

Shamsul menghujahkan, permohonan Najib wajar ditolak kerana beliau bukan lagi bergelar Ahli Parlimen Pekan ekoran pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Shamsul berhujah, Najib tidak lagi terikat untuk melaksanakan tugas-tugas keperlembagaannya.

Muhammad Shafee pula berhujah, Najib masih bergelar Ahli Parlimen Pekan dan alasan responden-responden ketika menolak permohonan beliau atas faktor keselamatan adalah tidak munasabah kerana bangunan Parlimen di bawah kawalan kerajaan. 

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending