Connect with us

Terkini

Khalid Samad lepaskan Shah Alam, bertanding di Titiwangsa

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akur dengan keputusan parti yang tidak mengekalkan dirinya sebagai calon di kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Wartawan TMT

Published

on

Khalid Samad lepaskan Shah Alam, bertanding di Titiwangsa
Foto: Khalid Abdul Samad.
  • Khalid Samad menyarankan pembaharuan dilakukan untuk memberi ruang kepada muka baharu dalam melibatkan diri dalam politik.
  • Beliau bertegas pelapis baharu mempunyai kemampuan luar biasa.
  • “Saya sudah menjadi ahli Parlimen PH selama tiga penggal dan selama tempoh itu juga kita telah membina pelapis baharu dan saya rasa ini masanya untuk saya memberi laluan kepada pemimpin baharu.”- Khalid Samad.

PETALING JAYA – Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akur dengan keputusan parti yang tidak mengekalkan dirinya sebagai calon di kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Beliau berkata, keputusan itu merupakan tindakan biasa yang diambil mana-mana parti termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai ‘pembaharuan’.

Malah Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata, beliau yakin dengan kemampuan calon yang bakal menggantikannya itu.

“Saya sudah menjadi ahli Parlimen PH selama tiga penggal dan selama tempoh itu juga kita telah membina pelapis baharu dan saya rasa ini masanya untuk saya memberi laluan kepada pemimpin baharu.

“Ada pemimpin (baharu) yang berkemampuan untuk menyaingi pertandingan ini.

“Calon (Amanah Parlimen Shah Alam) telah dikenal pasti dan beliau daripada akar umbi dan telah berada di Shah Alam sebelum saya menjadi ahli Parlimen pun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Rundingan PH di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada Ahad.

Menurut Khalid, bagi menghadapi PRU15 kali ini, beliau dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa.

“Saya akan berpindah ke kerusi (Parlimen lain) seperti mana yang dimahukan oleh parti dan tiba masanya untuk saya ucapkan terima kasih kepada pengundi Shah Alam yang telah memilih saya sebelum ini,” katanya.

Pada Ahad, Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Asmuni Awi memaklumkan Khalid akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Beliau berkata, keputusan itu merupakan pengorbanan terbesar dilakukan Khalid.

Ini kerana katanya, meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah apatah lagi Parlimen tersebut telah dikuasai Khalid selama tiga penggal dan pada pilihan raya umum yang lalu beliau memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending