Connect with us

Terkini

Kes Bella: Nasib Siti Bainun ditentukan 24 November

Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down, dikenali sebagai Bella, akan ditentukan pada 24 November ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kes Bella: Nasib Siti Bainun ditentukan 24 November
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down akan ditentukan pada 24 November ini. 
  • Ia selepas pihak pendakwaan perbicaraan kes mengumumkan penutupan kes hari ini selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.
  • “Dengan berakhirnya keterangan saksi ke-22 hari ini, pihak pendakwaan menutup kes,” – Pihak Pendakwaan.

KUALA LUMPUR – Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down, dikenali sebagai Bella, akan ditentukan pada 24 November ini.

Ia selepas pihak pendakwaan perbicaraan kes Siti Bainun,30, mengumumkan penutupan kes hari ini selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pasukan pendakwaan, memberitahu mahkamah, pihaknya menutup kes selepas saksi ke-22, iaitu juruteknik sebuah syarikat penapis air, Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan petang ini.

“Dengan berakhirnya keterangan saksi ke-22 hari ini, pihak pendakwaan menutup kes,” katanya dalam prosiding hari ini.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya menawarkan 15 saksi kepada pihak pembelaan, antaranya beberapa bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun.

Dalam pada itu, Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan pihak terbabit memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan diakhir kes pendakwaan pada 24 November ini.

 

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak,” katanya.

Perbicaraan kes itu bermula sejak 30 Mac lalu dengan saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan, antaranya Bella sendiri dan pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan.

Selain itu, pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin; pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur serta bekas penghuni Rumah Bonda merangkap saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Siti Bainun berdepan dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan terbabit di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending