Connect with us

Terkini

Mahkamah: Nasib Siti Bainun tangguh hukuman diketahui Selasa depan

Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan diketahui pada Selasa minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah: Nasib Siti Bainun tangguh hukuman diketahui Selasa depan
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan diketahui pada Selasa minggu depan.
  • Permohonan penangguhan pelaksaanaan hukuman penjara itu adalah untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan bagi hukuman.
  • Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak semalam.
  • Pada 3 Mei lalu, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

KUALA LUMPUR – Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dalam permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan diketahui pada Selasa minggu depan.

Permohonan penangguhan pelaksaanaan hukuman penjara itu adalah untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan bagi hukuman.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak semalam.

“Saya perlu meneliti hujahan kedua-dua pihak dan afidavit yang difailkan khususnya mengenai perubatan. Saya akan memberikan keputusan pada Selasa,” kata hakim itu.

Dalam prosiding semalam, Siti Bainun, 31, selaku pemohon diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dan Mohammad Farhan Maaruf.

Responden pula diwakili Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.

Ketika prosiding berlangsung, Siti Bainun yang dibawa pegawai penjara memakai pakaian sama sewaktu dia dijatuhi hukuman pada Mei lalu.

Advertisement

Turut hadir ahli keluarga Siti Bainun yang berada di galeri awam.

Pada 3 Mei lalu, Siti Bainun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Sumber: Kosmo 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending