Terkini
Siti Bainun reka cerita Bella terkena tumpahan air panas – Hakim
Mahkamah Sesyen di sini semalam mendapati keterangan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bahawa remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella cedera terkena tumpahan air panas daripada @ termos semasa ketiadaannva di sebuah kondominium adalah rekaan kerana insiden itu tidak pernah berlaku.

- Mahkamah Sesyen di sini semalam mendapati keterangan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bahawa remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella cedera terkena tumpahan air panas daripada @ termos semasa ketiadaannva di sebuah kondominium adalah rekaan kerana insiden itu tidak pernah berlaku.
- Hakim Izralizam Sanusi dalam penghakimannya berkata keterangan bela diri Siti Bainun menyatakan bahawa pada 6 hingga 9 Mei 2021, dia bersama rakan serumahnya, Noor Marliana Ramlee iaitu saksi pembelaan ketiga, telah keluar dari kondominium di Wangsa Maju untuk bertugas di Rumah Bonda di Setapak.
- “Tertuduh menerangkan pada tarikh tersebut, dia telah meninggalkan Bella bersama-sama Yasmin (saksi pendakwaan kelima), Balqis, Aida dan Tulus Jiwa di kondominium tersebut.
- “Tertuduh menyatakan semasa sedang bekerja, dia menerima panggilan telefon daripada Yasmin yang menceritakan kejadian pergaduhan antara Bella dan Balqis menyebabkan tumpahan air dari termos ke atas Bella di bilik mendobi di kondominium itu. Namun tertuduh tidak mengemukakan sebarang rekod panggilan yang menunjukkan Yasmin menelefonnya pada masa itu,” katanya.
- Beliau berkata keterangan tertuduh berkaitan insiden Bella terkena air panas adalah dengar cakap kerana dia tidak berada di tempat kejadian dan tidak menyaksikan kejadian tersebut.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini semalam mendapati keterangan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali bahawa remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella cedera terkena tumpahan air panas daripada @ termos semasa ketiadaannva di sebuah kondominium adalah rekaan kerana insiden itu tidak pernah berlaku.
Hakim Izralizam Sanusi dalam penghakimannya berkata keterangan bela diri Siti Bainun menyatakan bahawa pada 6 hingga 9 Mei 2021, dia bersama rakan serumahnya, Noor Marliana Ramlee iaitu saksi pembelaan ketiga, telah keluar dari kondominium di Wangsa Maju untuk bertugas di Rumah Bonda di Setapak.
“Tertuduh menerangkan pada tarikh tersebut, dia telah meninggalkan Bella bersama-sama
Yasmin (saksi pendakwaan kelima), Balqis, Aida dan Tulus Jiwa di kondominium tersebut.
“Tertuduh menyatakan semasa sedang bekerja, dia menerima panggilan telefon daripada
Yasmin yang menceritakan kejadian pergaduhan antara Bella dan Balqis menyebabkan
tumpahan air dari termos ke atas Bella di bilik mendobi di kondominium itu. Namun tertuduh
tidak mengemukakan sebarang rekod panggilan yang menunjukkan Yasmin menelefonnya pada masa itu,” katanya.
Beliau berkata keterangan tertuduh berkaitan insiden Bella terkena air panas adalah dengar cakap kerana dia tidak berada di tempat kejadian dan tidak menyaksikan kejadian tersebut.
“Yasmin menafikan kejadian itu dan Bella tidak pernah mengesahkannya walau telah dipanggil memberi keterangan. Balkis dan Aida telah ditawarkan kepada pembelaan untuk mengesahkan sama ada insiden kemalangan berkenaan air panas tersebut benar-benar berlaku namun mereka tidak dipanggil oleh pihak pembelaan sebagai saksi , katanya ketika membacakan penghakiman setebal 12 muka surat.
Hakim itu juga berkata tertuduh sebagai individu yang telah diperintahkan oleh Mahkamah
Majistret pada 24 Sept 2020 untuk memelihara Bella seharusnya memaklumkan serta berbincang dengan Pegawai Pelindung Bella, Mohamad Imran Mohamed Zanyuin (SP12), apabila timbul sebarang masalah.
Beliau berkata tertuduh tidak memaklumkan Mohamad Imran dengan segera mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku dari 6 hingga 9 Mei 2021 namun hanya berbuat demikian pada 24 Jun 2021 melalui aplikasi WhatsApp ketika Bella telah dibawa ke hospital.
*Bagaimanapun, mesej WhatsApp tertuduh kepada SP12 adalah bercanggah dengan keterangan tertuduh bahawa Bella lari ke dapur, berebut sesuatu dengan Balkis dan terkena air panas di bilik mendobi.
“Kegagalan tertuduh memaklumkan kejadian itu kepada Encik Imran dalam tempoh yang munasabah selepas kejadian berlaku dan seterusya menghantar mesej yang bercanggah dengan kejadian yang dikatakan berlaku, menunjukkan dia mereka-reka cerita berkenaan dengan kejadian air panas tumpah di bilik mendobi, katanya.
Izralizam berkata tindakan tertuduh membawa Bella atau merujuk kecederaan mangsa kepada doktor selepas hampir sebulan kejadian tertumpah air panas yang menyebabkan kecederaan serius kepada remaja itu adalah tidak munasabah.
Beliau berkata in menunjukkan insiden itu sebenarnya tidak pernah berlaku dan dakwaan mengenainya wajar ditolak.
Katanya, tertuduh juga tidak mengemukakan pakar yang boleh menyangkal keterangan beberapa doktor yang merupakan saksi pendakwaan untuk mengesahkan bahawa kecederaan Bella bukan terhasil daripada satu insiden sahaja kerana terdapat luka dan parut pada badan remaja itu.
Siti Bainun, 31, dihantar ke Penjara Kajang bermula semalam untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas mahkamah menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Terdahulu, Izralizam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.
Sumber: Bernama
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak