Connect with us

Terkini

‘Mulanya Bella takut, tapi akhirnya buka mulut’

Saksi pembelaan ketujuh memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella, pada mulanya seakan-akan ketakutan, namun memberikan reaksi positif pada sesi temubual dikendalikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC).

Wartawan TMT

Published

on

'Mulanya Bella takut, tapi akhirnya buka mulut'
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (tengah).
  • Saksi pembelaan ketujuh memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella, pada mulanya seakan-akan ketakutan, namun memberikan reaksi positif pada sesi temubual dikendalikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC).
  • “Pada pandangan saya, Bella dia pada mulanya dia takut. Tapi lama-lama dia bercakaplah, mula bercakap. – Pegawai penemu bual CIC, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim 
  • “Bagi saya agak positiflah reaksi dia sebagai kanak-kanak yang kurang upaya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam, Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, 31, di sini, hari ini.
  • Mungkin boleh mainkan semula video itu. Saya katakan kepada kamu sarjan, perbuatan Bella itu bukan perbuatan menuang air panas tapi seolah-olah (hanya) mengangkat (tangan) saja betul? – Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad

Kuala Lumpur: Saksi pembelaan ketujuh memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella, pada mulanya seakan-akan ketakutan, namun memberikan reaksi positif pada sesi temubual dikendalikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC).

Pegawai penemu bual CIC, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim berkata, remaja itu pada mulanya ketakutan sebelum akhirnya mula membuka mulut pada sesi temubual yang dijalankan, waktu tengah hari, 12 Julai 2021.

“Pada pandangan saya, Bella dia pada mulanya dia takut. Tapi lama-lama dia bercakaplah, mula bercakap.

“Bagi saya agak positiflah reaksi dia sebagai kanak-kanak yang kurang upaya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam, Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, 31, di sini, hari ini.

Siti Nur Balqes, 34, turut memaklumkan, Bella ditemani seorang pegawai wanita dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang sesi temubual yang berlangsung kira-kira 20 minit.

Ditanya Mohammad Farhan sama ada dia perasan remaja itu menjawab dengan teragak-agak berkenaan isu air panas merujuk kepada rakaman temubual CIC itu, saksi itu berkata tidak perasan.

Mohammad Farhan: Daripada video kita tonton sebentar tadi, saya perlukan kepastian puan. Apabila bertanyakan berkenaan dengan air panas, kanak-kanak itu seperti susah mahu menjawab pertanyaan itu. Puan perasaan tak?

Advertisement

Siti Nur Balqes: Tidak

Sementara itu, Siti Nur Balqes turut tidak bersetuju kepada Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad ketika pemeriksaan balas yang merujuk rakaman video CIC itu pada minit ke 10.49 berkenaan pergerakan tangan remaja itu bukannya merujuk kepada menuang air panas.

Noor Azizah: Tadi ditanya peguam semasa pemeriksaan utama, sarjan mengatakan itu pergerakan tuang air panas di tangan? Adakah itu pergerakan tuang air panas? Yang saya nampak hanya macam ini saja (gerakan ke atas dan ke bawah). Kenapa sarjan mengatakan itu pergerakan tuang air panas?

Noor Azizah: Mungkin boleh mainkan semula video itu. Saya katakan kepada kamu sarjan, perbuatan Bella itu bukan perbuatan menuang air panas tapi seolah-olah (hanya) mengangkat (tangan) saja betul?

Siti Nur Balqes: Saya tak setuju.

Terdahulu Hakim Izralizam Sanusi mengarahkan galeri awam dikosongkan bagi memberi laluan kepada tayangan rakaman video temubual CIC itu.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending