Terkini
Guru, jiran tidak lapor jenayah seksual kanak-kanak akan didakwa
Penguatkuasaan lebih tegas dan agresif akan dilaksanakan bagi membendung penderaan seksual terhadap kanak-kanak, dengan mendakwa guru, jiran atau orang awam yang menyembunyikan atau gagal melapor perbuatan itu.

- Penguatkuasaan lebih tegas dan agresif akan dilaksanakan bagi membendung penderaan seksual terhadap kanak-kanak, dengan mendakwa guru, jiran atau orang awam yang menyembunyikan atau gagal melapor perbuatan itu.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sehingga ini belum ada mereka yang didakwa berkaitan isu itu walaupun ia termaktub dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
- Azalina berkata, penguatkuasaan seksyen itu penting bagi memberikan mesej yang jelas kepada umum bahawa penderaan seksual kanak-kanak bukan hanya membabitkan mangsa dan pelaku kesalahan saja.
PUTRAJAYA: Penguatkuasaan lebih tegas dan agresif akan dilaksanakan bagi membendung penderaan seksual terhadap kanak-kanak, dengan mendakwa guru, jiran atau orang awam yang menyembunyikan atau gagal melapor perbuatan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sehingga ini belum ada mereka yang didakwa berkaitan isu itu walaupun ia termaktub dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Justeru, katanya, beliau mahu meneliti perkara itu dan berbincang dengan polis serta mahkamah supaya perkara yang termaktub dalam undang-undang itu dapat dikuatkuasakan.
“Kami bimbang ramai yang tahu mengenai berlakunya penderaan seksual kanak-kanak sama ada di rumah, sekolah dan kejiranan tetapi gagal melaporkan kes berkenaan.
“Mengikut akta berkenaan, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu mengetahui berlaku kes penderaan seksual kepada kanak-kanak tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa.
“Ini termaktub dalam Seksyen 19, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Aplikasi eKLINIK 6G Jabatan Bantuan Guaman di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Norazmi Mohd Narawi.
Seksyen 19 akta itu memperuntukkan hukuman kepada mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan kesalahan itu.
Akta itu juga menghendaki mana-mana orang yang mempunyai maklumat sedemikian, melaporkannya di balai polis berdekatan yang mana jika disabitkan kesalahan kerana kegagalan melapor itu boleh didenda maksimum RM5,000.
Azalina berkata, penguatkuasaan seksyen itu penting bagi memberikan mesej yang jelas kepada umum bahawa penderaan seksual kanak-kanak bukan hanya membabitkan mangsa dan pelaku kesalahan saja.
Katanya, kes penderaan seksual kanak-kanak ini juga membabitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat.
“Ini adalah tanggungjawab bersama semua orang dalam komuniti bukan hanya isu keluarga saja.
“Saya mahu melihat jauh ke hadapan dalam isu ini dan sedang meneliti perkara ini dengan melihat kepada laporan mengenainya, kita nak tahu adakah jiran, guru atau ahli keluarga sedar akan tanggungjawab mereka untuk melaporkannya,” katanya.
Beliau menegaskan akan menemui Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi membincangkan isu itu supaya dapat mewujudkan kesedaran komuniti mengenainya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Azalina berkata, beberapa seksyen dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 masih tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Katanya, perkara itu antara inti pati utama dalam perjumpaan beliau dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan mahkamah, hari ini.
“Saya bimbang ada kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku dan perkara ini diketahui ahli keluarga, jiran dan cikgu di sekolah yang nampak dan tahu tetapi tak nak memberikan laporan.
“Ini (penguatkuasaan) saya nak buat secara agresif sebab kalau jiran, ahli keluarga dan guru ambil sikap tidak mahu campur ini akan membebankan kanak-kanak yang jadi mangsa, sudahlah jadi mangsa ‘didera’ pula kerana tidak ada orang nak melaporkan,” katanya.
Beliau menegaskan tindakan itu adalah usaha perlindungan menyeluruh kepada kanak-kanak mangsa penderaan.
Dalam masa yang sama beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Bantuan Guaman yang cemerlang memberikan perkhidmatan pendamping kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual.
“Mahkamah memuji usaha yang dilakukan itu dan saya mahu khidmat pendamping kanak-kanak ini menjadi keutamaan jabatan dan diperkasakan lagi,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas