Terkini
Kejadian termos terjatuh hingga Bella cedera tidak berlaku, jawapan saksi seakan ikut skrip – Pegawai JSJ KL
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu kejadian termos berisi air panas yang terjatuh hingga menyebabkan seluruh badan remaja Sindrom Down dikenali Bella cedera, tidak berlaku.

- Mahkamah Sesyen hari ini beritahu kejadian termos berisi air panas terjatuh sebabkan seluruh badan Bella cedera, tidak berlaku.
- “Ini berikutan rekod percakapan empat kanak-kanak tinggal di unit kondominium bersama pengasas Rumah Bonda didakwa mendera remaja itu, seolah-olah mengikut skrip.” – Pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur
- Saksi pendakwaan ke-19 berkata, kanak-kanak terbabit beri kenyataan yang konsisten Bella dikejar seorang kanak-kanak dikenali Balqis kerana berebut snek hingga menyebabkan termos itu terjatuh.
- “Saya percaya tiada insiden babitkan termos terjatuh atas badan Bella, kerana tiada kesan barang itu pecah.”
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu kejadian termos berisi air panas yang terjatuh hingga menyebabkan seluruh badan remaja Sindrom Down dikenali Bella cedera, tidak berlaku.
Pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Inspektor Suhaili Mahad, 31, berkata, ia berikutan rekod percakapan empat kanak-kanak yang tinggal di unit kondominium bersama pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, yang didakwa mendera remaja itu, seolah-olah mengikut skrip.
Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, kanak-kanak terbabit memberi kenyataan yang konsisten bahawa Bella dikejar seorang kanak-kanak dikenali Balqis kerana berebut snek hingga menyebabkan termos itu terjatuh.
“Itu punca termos itu terjatuh dan menyebabkan Bella cedera seluruh badan. Kesimpulan daripada siasatan saya ialah kenyataan diberikan berhubung insiden itu adalah mengikut skrip.
“Sebab itu, saya rampas dua barang iaitu termos dan tali putih dari kediaman Bainun. Termos itu berada dalam keadaan baik, tiada kesan lekuk atau menunjukkan ia terjatuh.
“Saya percaya tiada insiden membabitkan termos yang terjatuh atas badan Bella, kerana tiada kesan barang itu pecah,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mengulas perincian termos dan tali putih, Suhaili berkata, barangan itu dirampas ketika beliau, jurufoto dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) diketuai Asisten Superintendan Rohaini pergi ke tempat kejadian, pada 7 Julai 2021.
“Saya bersama pasukan juga merakam percakapan penghuni unit berkenaan termasuk Siti Bainun di lobi kondominium terbabit.
“Saksi ada melakar gambar rajah kasar tempat kejadian. Berkaitan barang itu, ia sudah daftarkan di stor barang kes. Saya letak dalam sampul surat putih dan ia disimpan selepas tandaan diletakkan,” katanya.
Dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, Suhaili mengesahkan tidak merampas telefon bimbit Siti Bainun, sebaliknya hanya mengambil barangan itu milik dua rakan baik tertuduh iaitu Zurianty Sudin dan Hani Azura.
Mohammad Farhan: Berlandaskan kandungan telefon saksi (Zurianty dan Hani) yang tidak berada di lokasi kejadian, mereka langsung tidak menyaksikan penderaan itu?
Suhaili: Tidak setuju.
Mohammad Farhan: Saya cadangkan dalam keterangan pemilik telefon dirampas itu, tiada yang mengatakan mereka menyaksikan Bainun mendera Bella, setuju atau tidak?
Suhaili: Tidak setuju.
Mohammad Farhan: Jika puan tak setuju, saya mohon puan menunjukkan keterangan pemilik telefon yang menyatakan mereka melihat dengan mata sendiri Bainun dera Bella?
Suhaili: Tiada kaitan dengan siasatan.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah