Connect with us

Terkini

“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” – PM

“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” demikianlah kata Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung saringan status calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pejabat agama.

Wartawan TMT

Published

on

"Kalau dulu kita tidak 'check' perkara ini, ...kali ini kita akan periksa," - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • “Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” demikianlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung saringan status calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pejabat agama.
  • Semakan dengan pejabat agama merupakan sebagai tambahan kepada saringan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
  • Selain itu, tiada keperluan untuk tiga calon Perdana Menteri mewakili tiga gabungan utama parti untuk berdebat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.
  • Anwar dalam Program Jelajah PH Pahang di Mentakab mencadangkan supaya debat itu perlu memfokuskan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.

KUALA LUMPUR – “Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” demikianlah kata Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung saringan status calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pejabat agama.

Semakan dengan pejabat agama merupakan sebagai tambahan kepada tapisan yang ditetapkan sebelum ini dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia. 

Ismail Sabri, berkata, langkah itu kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang masalah berbangkit melibatkan calon berhubung dengan pejabat agama.

Beliau mengulas mengenai tahap tapisan untuk calon BN bagi PRU15. 

Dalam perkembangan lain, tambah beliau, tiada keperluan untuk tiga calon Perdana Menteri mewakili tiga gabungan utama parti untuk berdebat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil. 

“Bukan budaya kita debat ini, tidak pernah dibuat dan dan tidak mendatangkan hasil,” katanya ketika mengulas cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan debat terbuka tiga calon Perdana Menteri mewakili PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU15. 

Anwar dalam Program Jelajah PH Pahang di Mentakab mencadangkan hal tersebut supaya perbahasan itu perlu memfokuskan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan. 

Tambah Ismail Sabri lagi, sekiranya debat terbuka itu dibenarkan akan dijadikan tempat untuk calon menabur janji dan manifesto. 

“Bulan dan bintang pun dia akan sebut jadi tidak perlu dan selama ini kita bentuk kerajaan berdasarkan kepercayaan rakyat bukan satu jam debat itu. 

“Saya tidak perlu berdebat sebelum pilihan raya dan kita sibuk di kawasan masing-masing,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending