Connect with us

Terkini

“Kajian kita juga dapati PKR sukar menang,” – PM

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bersandar keyakinan untuk menang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Kajian kita juga dapati PKR sukar menang,” - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Naib Presiden UMNO itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15. 
  • “Samalah, kajian kita mendapati mereka (PKR) juga sukar menang pilihan raya, … semua yang masuk pilihan raya ini mesti yakin menang kalau tidak maka tiada siapa yang masuk PRU.
  • Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, mendakwa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15 selepas mengambil kira majoriti rakyat yang tidak berpuas hati dengan pencapaian gabungan itu.
  • Ramalan itu dibuat berdasarkan statistik tinjauan dibuat parti itu yang menyaksikan 63 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Persekutuan, manakala 78 peratus kecewa dengan prestasi ekonomi negara.

KUALA LUMPUR: Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bersandar keyakinan untuk menang.

Naib Presiden UMNO itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15. 

“Samalah, kajian kita mendapati mereka (PKR) juga sukar menang pilihan raya, … semua yang masuk pilihan raya ini mesti yakin menang kalau tidak maka tiada siapa yang masuk PRU. 

“PKR dan Tun Dr Mahathir Mohamad atau Gerakan Tanah Air (GTA) juga kata dia akan menang, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pun kata akan menang begitu juga BN… sebab itu diadakan pilihan raya kerana semua yakin menang,” ujarnya selepas Taklimat Khas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, semalam.

Ismail Sabri mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendakwa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15 selepas mengambil kira majoriti rakyat yang tidak berpuas hati dengan pencapaian gabungan itu. 

Rafizi berkata ramalan itu dibuat berdasarkan statistik tinjauan dibuat parti itu yang menyaksikan 63 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Persekutuan, manakala 78 peratus kecewa dengan prestasi ekonomi negara.

Sumber: Berita Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *