Connect with us

Komuniti

Johor tidak benarkan ceramah politik di masjid, surau

Semua pihak terutamanya parti-parti politik tidak dibenarkan untuk berceramah (berkempen) di masjid dan surau di negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

Johor tidak benarkan ceramah politik di masjid, surau
  • Semua pihak terutamanya parti-parti politik tidak dibenarkan berceramah (berkempen) di masjid dan surau di Johor.
  • Tidak mahu kesucian masjid sebagai tempat ibadat dan aktiviti masyarakat dicemari.
  • “Siapa (pihak) cenderungan ke arah itu (ceramah, kempen politik), ia tidak bagus dan saya akan pastikan pegawai kita bergerak ke seluruh daerah ban berikan nasihat agar perkara ini tidak berlaku.”
  • “Yang boleh berucap di masjid, surau ni dua orang sahaja..Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Agama sahaja..itu pun ucapan atas dasar-dasar negeri dan tak boleh ceramah politik dan kita dah buat ketetapan perkara ini bukan hanya untuk PRU tetapi untuk sepanjang tahun (masa),” 
  • Ia ditegaskan  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

JOHOR BAHRU – Semua pihak terutamanya parti-parti politik tidak dibenarkan untuk berceramah (berkempen) di masjid dan surau di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yang tidak mahu kesucian masjid sebagai tempat ibadat dan aktiviti masyarakat dicemari.

“Jangan berceramah politik di masjid dan surau… kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana kita raikan masjid sebagai tempat ibadat dan aktiviti masyarakat dan ini jelas.

“Siapa (pihak) yang ada kecenderungan ke arah itu (ceramah, kempen politik), ia tidak bagus dan saya akan pastikan pegawai kita bergerak ke seluruh daerah ban berikan nasihat agar perkara ini tidak berlaku.

“Yang boleh berucap di masjid, surau ni dua orang sahaja..Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Agama sahaja..itu pun ucapan atas dasar-dasar negeri dan tak boleh ceramah politik dan kita dah buat ketetapan perkara ini bukan hanya untuk PRU tetapi untuk sepanjang tahun (masa),” katanya.

Mohd Fared berkata demikian pada sidang media setelah menyempurnakan perasmian Surau Al-Husna, Taman Desa Rahmat, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Fared turut menegaskan hanya penceramah terutamanya penceramah luar yang diberikan tauliah oleh Kerajaan Negeri Johor sahaja yang dibenarkan untuk berceramah di negeri berkenaan.

Advertisement

Katanya, perkara perkenaan adalah bagi memastikan penceramah berkenaan benar-benar menyampaikan ceramah dan bukan untuk tujuan lain.

“Kita juga akan tapis, sebelum ini ada berlaku dia (penceramah) datang untuk ceramah Maulidur Rasul, kita dah bagi tauliah tapi jadi ceramah lain, iaitu motivasi keluarga, motivasi pekerjaan.

“Oleh kita harap perkara seperti ini tidak berulang lagi kerana setinggi mana pun ilmu yang dimiliki, sudah pasti ia menuntut untuk menghormati syarat-syarat atau peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Advertisement

Komuniti

16 stesen LRT ditutup, Prasarana pertimbang pampasan buat penumpang terjejas

Prasarana sedang mengkaji bagaimana ia boleh memberi pampasan dan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya. 

Wartawan TMT

Published

on

16 stesen LRT ditutup, Prasana pertimbang pampasan buat penumpang terjejas
  • Prasarana akan membincangkan mengenai pampasan atau bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Azharuddin Mat Sah, memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas pada sidang media secara dalam talian hari ini.
  • Sambungnya, mulai hari ini Rapid KL telah menutup 16 stesen di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya selama seminggu akibat kerosakan sistem ATC.
  • “Kami telah menjemput pakar pengeluar peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada untuk datang ke Malaysia mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya sambil menambah sudah tiba masanya laluan LRT Kelana Jaya dinaik taraf setelah beroperasi hampir 25 tahun.

PETALING JAYA: Prasarana sedang mengkaji bagaimana ia boleh memberi pampasan dan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas akibat gangguan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya. 

Rapid KL telah menutup 16 stesen di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya selama seminggu mulai hari ini, selepas ia ditutup semalam akibat kerosakan sistem kawalan tren automatik (ATC). 

Laluan LRT Kelana Jaya turut terjejas oleh masalah sama pada Isnin hingga mengganggu perkhidmatan harian.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas,” kata presiden Prasarana merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan Azharuddin Mat Sah pada sidang media. 

“Sudah tentu. Kami akan membincangkannya dan kembali kepada media mengenai perkara ini,” katanya ketika ditanya sama ada Rapid Rail akan memberikan sebarang pampasan atau bayaran balik kepada penumpang, terutama mereka yang telah membeli pas My50 bulanan.

Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana yang mengurus dan mengendalikan rangkaian LRT dan KL Monorail. 

Azharuddin berkata stesen itu ditutup kerana kerosakan sistem ATC. Bagaimanapun, beliau berkata, mereka masih belum menentukan punca kerosakan sistem ATC, sambil menambah inilah punca stesen ditutup selama seminggu. 

Advertisement

“Kami telah menjemput pakar pengeluar peralatan asal (OEM) Thales Group dari Kanada untuk datang ke Malaysia mencari penyelesaian jangka pendek dan panjang,” katanya. 

Azharuddin juga berkata, sudah tiba masanya laluan LRT Kelana Jaya dinaik taraf, sambil menambah bahawa Prasarana sudah mempunyai rancangan ke arah itu. 

“Laluan LRT Kelana Jaya telah beroperasi selama hampir 25 tahun, (jadi) ia adalah sistem telah berusia yang memerlukan penggantian untuk semua bahagian (mekanikal).” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

 

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending