Connect with us

Antarabangsa

Hakim benar pemilik bakeri Kristian tolak tempahan kek kahwin pasangan lesbian

Hakim sebuah mahkamah di California  membuat keputusan memihak kepada seorang pemilik kedai kek  yang enggan membuat kek perkahwinan untuk pasangan pengantin lesbian kerana ia bertentangan dengan kepercayaannya sebagai penganut Kristian, lapor stesen televisyen 11 News semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Hakim benar pemilik bakeri Kristian tolak tempahan kek kahwin pasangan lesbian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hakim Mahkamah California  membuat keputusan memihak kepada seorang pemilik kedai kek, Cathy Miller yang enggan membuat kek perkahwinan untuk pasangan pengantin lesbian.
  • Ia berikutan perkara itu bertentangan dengan kepercayaanya sebagai penganut Kristian.
  • Peguam Miller menjawab tuduhan tersebut dengan berhujah bahawa anak guamnya mempunyai hak untuk mengamalkan kebebasan bersuara.
  • Hakim bagaimanapun membuat keputusan bahawa Miller bertindak secara wajar  menegakkan kepercayaan agamanya berhubung perkahwinan sesama jenis.

SACRAMENTO, CALIFORNIA –  Hakim sebuah mahkamah di California  membuat keputusan memihak kepada seorang pemilik kedai kek  yang enggan membuat kek perkahwinan untuk pasangan pengantin lesbian kerana ia bertentangan dengan kepercayaannya sebagai penganut Kristian, lapor stesen televisyen 11 News semalam.

Jabatan Perumahan dan Pekerjaan Adil Negeri California menyaman kedai Tastries Bakery di Bakersfield. Agensi itu mendakwa pemiliknya, Cathy Miller mengamalkan diskriminasi terhadap pasangan sejenis itu sekali gus melanggar Akta Hak Sivil Unruh California.

Peguam Miller menjawab tuduhan tersebut dengan berhujah bahawa anak guamnya mempunyai hak untuk mengamalkan kebebasan bersuara. Menurutnya, kebebasan mengamalkan ajaran agama  mengatasi hujah dia melanggar undang-undang anti diskriminasi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Eric Bradshaw pada Jumaat lalu,  membuat keputusan bahawa Miller bertindak secara wajar untuk menegakkan kepercayaan agamanya berhubung perkahwinan sesama jenis.

“Saya berharap agar masyarakat boleh berkembang bersama dan kita perlu memahami bahawa kita tidak seharusnya menolak sebarang agenda terhadap orang lain,” kata Miller.

Sementara itu, pasangan lesbian tersebut, Eileen dan Mireya Rodriguez-Del Rio berkata, mereka akan  membuat rayuan.

“Sudah pasti kami kecewa, namun tidak terkejut (dengan keputusan mahkamah). Kami menjangkakan bahawa rayuan kami akan membawa keputusan berbeza,” kata mereka.

Pada 2017, Miller dilaporkan enggan membuat kek perkahwinan untuk Eileen dan Mireya kerana perkahwinan sejenis adalah bertentangan dengan kepercayaan agamanya, lantas menolak permintaan pasangan tersebut.

Dia  dikatakan menolak secara baik dan mencadangkan nama kedai kek lain untuk pasangan tersebut.

Kedua-dua mereka yang tidak berpuas hati kemudian menyaman Miller dengan mendakwa menjadi mangsa diskriminasi. – Agensi 

Sumber: Kosmo 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kumpulan Sunni Lubnan bergabung dengan Hizbullah perangi Israel

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush.
  • Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.
  • Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.
  • Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.
  • “Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 
  • “Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Ketua kumpulan politik dan militan Sunni Lubnan yang menyertai Hizbullah, sebuah gerakan penentangan Syiah yang memerangi Israel, pada Selasa berkata konflik itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua kumpulan biarpun mereka berbeza aliran.

Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamiya, Sheikh Mohammed Takkoush memberitahu AP bahawa kumpulannya telah menyertai pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap genosid rejim zionis yang berterusan ke atas Gaza dan serangannya terhadap pekan dan kampung di Lubnan yang telah membunuh orang awam, termasuk wartawan.

“Kami memutuskan untuk menyertai (pertempuran) sebagai tugasan kebangsaan, agama dan moral. Kami melakukannya untuk mempertahankan tanah dan kampung kami,” kata Takkoush kepada agensi berita itu di ibu pejabat kumpulannya di Beirut. 

“Kami juga berbuat demikian untuk menyokong saudara-saudara kami di Gaza” di mana Israel menjalankan “pembunuhan beramai-ramai secara terbuka,” katanya dipetik MEMO.

Menurut AP, sayap bersenjata Al-Jamaa Al-Islamiya, Fajr Force menjalankan operasi terhadap Israel dengan tumpuan utama di bandar selatan Sidon.

Takkoush percaya Israel bercita-cita untuk merampas lebih banyak wilayah, “bukan sahaja di Palestin tetapi termasuk Lubnan”.

Kumpulan itu bertindak secara bebas tetapi berkoordinasi rapat dengan Hizbullah dan cawangan Hamas Lubnan.

“Sebahagian daripada (serangan terhadap tentera Israel) dalam penyelarasan bersama Hamas yang berkoordinasi dengan Hizbullah,” kata Takkoush.

“Hubungan kami dengan Hizbullah baik dan berkembang dan ia semakin diperkukuhkan sedang kami tempuhi peperangan ini,” katanya, menjelaskan semua senjata yang mereka gunakan adalah dari senjata mereka sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending